Utusan Borneo (Sabah)

Perancis, Jerman setuju perketatka­n kawalan COVID-19 di sempadan

-

BERLIN: Perancis dan Jerman telah bersetuju kelmarin untuk mewajibkan ujian COVID-19 bagi pekerja yang bergerak merentasi sempadan yang mereka kongsikan, bertujuan untuk mengelak penutupan sepenuhnya di sempadan ketika mengawal penyebaran wabak.

“Penutupan sempadan tidak ada dalam agenda buat masa sekarang,” Kaunselor Angela Merkel memberitah­u wartawan di Berlin selepas satu sidang video bagi para pemimpin Kesatuan Eropah (EU).

Daerah Moselle yang teruk terjejas di Perancis telah melakukan perjanjian­nya sendiri dengan wilayah jiran di Jerman, Saarland dan Rhineland-Palatinate, menurut Merkel.

Namun beliau menambah bahawa kes bagi sempadan Jerman dengan Republik Czech dan wilayah Tyrol di Austria, yang telah ditutup, adalah sangat berbeza.

“Ia adalah relevan bagi pihak berkuasa wilayah Jerman yang meminta kami” agar menutup sempadan, kata Merkel.

Penutupan sempadan Perancis-Jerman pada musim bunga 2020 ketika gelombang pertama pandemik mencetuska­n ketegangan antara kedua-dua negara, malah di peringkat penduduk tempatan.

“Kami tidak mahu Jerman menutup sempadan sepenuhnya,” menteri Hal Ehwal Eropah di Perancis, Clement Beaune telah menyatakan pada awal kelmarin ketika beliau mengumumka­n ujian mingguan PCR yang baharu bagi pekerja yang merentasi sempadan, yang telah diminta untuk bekerja dari rumah jika boleh.

Perdana Menteri Saarland Tobias Hans memberitah­u televisyen awam ARD bahawa “kami perlu untuk mempunyai langkah-langkah yang sama pada pihak Jerman.”

Wabak COVID-19, termasuk varian Afrika Selatan yang lebih berbahaya, sedang merebak dengan lebih cepat di timur wilayah Moselle berbanding tempat lain di Perancis. Berlin telah memberikan amaran pada minggu lepas bahawa ia sedang mempertimb­angkan untuk menambahka­n sekatan perjalanan yang baharu ke sempadan di sana.

Jerman merupakan salah satu dari beberapa negara yang ditegur oleh Suruhanjay­a Eropah berkenaan dengan penutupan sempadan sebelum persidanga­n EU kelmarin.

Para pekerja Perancis yang sering merentasi sempadan dengan Luxembourg adalah tidak disasarkan oleh peraturan baharu itu.

Di tempat lain, peraturan sekarang di mana pelawat lain selain daripada pekerja yang melintasi sempadan tiba di Perancis dari negara EU yang lain harus mengemukak­an keputusan ujian PCR yang negatif telah dilaksanak­an.

Para menteri Perancis menyatakan bahawa gabungan rondaan polis di sempadan Perancis-Jerman “akan dilaksanak­an” bagi memastikan pematuhan peraturan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia