Utusan Borneo (Sabah)

Empat maut terjatuh ke dalam lubang ais di tasik Swden

-

STOCKHOLM: Empat orang maut selepas terjatuh ke dalam ais di sebuah tasik di selatan Sweden kelmarin, menurut polis, ketika negara mengalami cuaca sederhana tanpa musim.

Empat lelaki berusia antara 65 dan 75 tahun telah ditemui di dalam sebuah lubang pada ais di tasik Savsjo, selatan pekan Jonkoping, seorang jurucakap polis tempatan memberitah­u AFP.

Punca sebenar bagi insiden masih belum ditentukan, kata beliau.

Kemalangan berpunca daripada orang yang berjalan merentasi ais yang tidak stabil adalah biasa berlaku di Sweden, namun jarang angka kematian sebegitu tinggi.

Selepas keadaan yang sangat sejuk selama beberapa minggu di seluruh negara, yang menarik pejalan kaki ke tasik-tasik dan muara yang beku, beberapa bahagian di Sweden telah melihat peningkata­n mendadak dalam suhu sepanjang beberapa hari lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia