Utusan Borneo (Sabah)

Ramai banduan maut dalam cubaan lari dari penjara Haiti

-

PORT-AU-PRINCE: Beberapa orang telah terbunuh kelmarin di Haiti, termasuk pengarah sebuah penjara di subbandar ibu negeri Port-au-Prince, selepas beberapa banduan cuba memboloska­n diri, menurut pihak polis.

“Inspektor bahagian Paul Hector Joseph, yang bertanggun­gjawab ke atas penjara Croix des Bouquets, telah terkorban di dalam penjara,” Gary Desrosiers, jurucakap bagi polis negara Haiti, memberitah­u AFP.

“Beberapa orang berjaya memboloska­n diri,”tambah beliau, tanpa memaklumka­n jumlahnya.

Sekurang-kurangnya enam orang telah ditembak mati di jalan raya berhampira­n penjara, menurut seorang jurugambar AFP.

Identiti mangsa tidak dapat dipastikan.

Sekitar waktu sebelum tengah hari, beberapa banduan di penjara di pusat bandar menyatakan mereka telah mendengar bunyi tembakan.

Gambar dan rakaman video mneunjukka­n beberapa lelaki memboloska­n diri dari penjara yang segera ditularkan di media sosial.

Beberapa pekerja di sebuah kedai pakaian terpakai terletak di sebuah pasar berhampira­n dengan penjara memberitah­u seorang jurugambar AFP bahawa mereka telah dipaksa agar menyerahka­n barang-barang mereka kepada banduan yang melepaskan diri.

Satu pasukan polis yang ramai telah dikerahkan ke penjara, merampas kawalan ke atas bangunan itu pada waktu tengah hari.

Pada 2014, lebih 300 banduan berjaya memboloska­n diri dari penjara berkawalan ketat, yang dibina dengan pembiayaan dari Kanada dan dibuka pada tahun 2012.

 ?? — Gambar AFP ?? DITANGKAP SEMULA: Beberapa banduan dibawa di belakang sebuah trak kembali ke penjara Croix-des-Bouquets selepas mereka melarikan diri yang menyebabka­n beberapa orang terbunuh kelmarin.
— Gambar AFP DITANGKAP SEMULA: Beberapa banduan dibawa di belakang sebuah trak kembali ke penjara Croix-des-Bouquets selepas mereka melarikan diri yang menyebabka­n beberapa orang terbunuh kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? DITEMBAK MATI: Anggota polis berkawal di sebelah mayat banduan yang ditembak mati selepas mereka melarikan diri dari penjara Croix-des-Bouquets kelmarin.
— Gambar AFP DITEMBAK MATI: Anggota polis berkawal di sebelah mayat banduan yang ditembak mati selepas mereka melarikan diri dari penjara Croix-des-Bouquets kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia