Utusan Borneo (Sabah)

Gajah bunuh pekerja di zoo Sepanyol

-

MADRID: Seorang pekerja zoo di Sepanyol telah meninggal dunia selepas dilibas oleh belalai seekor gajah yang menghentak kepalanya pada batang besi di dalam sebuah kandang, menurut pihak zoo dan pegawai tempatan kelmarin.

Gajah betina, yang seberat kira-kira 4,000 kilogram, telah memukul pekerja berusia 44 tahun itu dengan belalainya pada pagi Rabu di Taman Negara Cabarceno berhampira­n bandar utara Santander, menurut pihak zoo dalam satu kenyataan.

Lelaki tersebut telah segera dihantar ke hospital di mana dia meninggal dunia akibat kecederaan­nya kirakira tiga jam kemudian, tambahnya.

Pada masa tersebut beberapa kakitangan sedang membersihk­an kandang gajah sebagai sebahagian daripada tugas harian mereka dan gajah tersebut bersama dengan anaknya di dalam kawasan tersebut.

“Kita sedang bercakap mengenai haiwan-haiwan yang sukar diramalkan,” Javier Lopez Marcano, menteri pelanconga­n dalam kerajaan wilayah Cantabria yang memiliki zoo tersebut, memberitah­u pihak wartawan.

“Tahap kekuatan serangan adalah sangat kuat, dengan satu magnitud di mana seseorang tidak mampu bertahan,” tambah beliau.

Pihak polis dan zoo berkata mereka telah membuka siasatan. Ia adalah insiden pertama seumpamany­a dalam sejarah taman tersebut selama 31 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia