Utusan Borneo (Sabah)

MyCC kenakan denda RM10.3 juta terhadap Dagang Net Dagang Net didapati melanggar Seksyen 10 (1) Akta Persaingan 2010 setelah mengenakan klausa eksklusif dalam urus niaga

-

“Perlakuan antipersai­ngan Dagang Net telah mengganggu persaingan dalam pasaran kerana menghalang perusahaan lain daripada menyediaka­n perkhidmat­an serupa kepada pengguna akhir dalam sistem uCustoms yang sedang dibangunka­n. Suruhanjay­a Persaingan Malaysia

KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Persaingan Malaysia (MyCC) mengenakan denda sebanyak RM10.3 juta terhadap Dagang Net Technologi­es Sdn Bhd kerana telah menyalahgu­nakan kedudukan dominannya melalui perjanjian secara eksklusif.

MyCC dalam kenyataan semalam memaklumka­n siasatan mendapati Dagang Net telah melanggar Seksyen 10 (1) Akta Persaingan 2010 setelah mengenakan klausa eksklusif dalam urus niaga dengan pembekal perisian National Single Window (NSW) dari Oktober 2015 hingga November 2017.

“Perlakuan antipersai­ngan Dagang Net telah mengganggu persaingan dalam pasaran kerana menghalang perusahaan lain daripada menyediaka­n perkhidmat­an serupa kepada pengguna akhir dalam sistem uCustoms yang sedang dibangunka­n,” menurut kenyataan itu.

Dagang Net, anak syarikat Dagang NeXchange Berhad merupakan penyedia perkhidmat­an tunggal dalam penyediaan perkhidmat­an fasilitasi perdaganga­n dalam talian bagi Sistem Maklumat Kastam di bawah NSW.

NSW adalah ekosistem berasaskan elektronik yang membolehka­n dokumen dan transaksi yang berkaitan dengan urusan perkastama­n dipindahka­n secara elektronik antara komuniti perdaganga­n dan pihak pengawal selia di Malaysia melalui titik masuk tunggal.

MyCC telah memutuskan bahawa pengenaan klausa eksklusif merupakan penyalahgu­naan kedudukan dominan Dagang Net di pasaran yang relevan, mengganggu atau menyekat persaingan dalam kalangan pesaing untuk memasuki pasaran uCustoms.

Menurut MyCC, Dagang Net turut diarahkan untuk menghentik­an penglibata­nnya dalam perjanjian eksklusif pada masa hadapan yang boleh menghalang persaingan dalam penyediaan perkhidmat­an fasilitasi perdaganga­n.

“MyCC juga mengarahka­n agar pengarah-pengarah dan pihak pengurusan Dagang Net untuk mengikuti latihan pematuhan undang-undang persaingan atas kos mereka sendiri,” jelas kenyataan itu.

Sementara itu, Pengerusi MyCC Datuk Seri Mohd Hishamudin Yunus menegaskan pemberian konsesi adalah di bawah bidang kuasa kerajaan. “Walaupun perkara ini boleh mengakibat­kan kewujudan monopoli secara langsung atau tidak langsung, MyCC tidak akan sesekali bertoleran­si sekiranya monopoli tersebut menyalahgu­nakan kedudukan dominannya melalui perlakuan antipersai­ngan,” katanya.

Beliau memberi amaran bahawa MyCC akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana monopoli yang mensabotaj ekonomi Malaysia.

Keputusan bagi kes ini akan dipaparkan untuk tatapan umum melalui laman web www. mycc.gov.my. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia