Utusan Borneo (Sabah)

Seorang pegawai, lima anggota polis Perak antara ditahan dalam parti liar

-

IPOH: Seorang pegawai dan lima anggota polis lelaki antara 14 individu yang ditahan dalam serbuan parti liar di sebuah pangsapuri di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalath­rash Wahid berkata, serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak ekoran maklumat yang diterima berhubung satu parti liar kira-kira jam 1.30 pagi.

“Semua tangkapan berusia 20 hingga 50 tahun itu turut melibatkan lima wanita tempatan dan tiga wanita warga Indonesia,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas kesemua tangkapan mendapati pegawai polis dan empat lagi anggota polis dari polis kontinjen Perak itu positif dadah manakala seorang lagi anggota negatif dadah.

Katanya, ujian saringan air kencing ke atas lima wanita tempatan dan dua lagi wanita Indonesia itu turut mendapati mereka positif dadah manakala seorang lagi wanita warga asing itu negatif dadah.

“Bagaimanap­un tiada bekalan dadah ditemui ketika serbuan dan mereka kini direman selama empat hari sehingga 1 Mac ini bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Pegawai dan anggota polis diberi amaran supaya tidak melibatkan diri dalam kegiatan dadah dan mulai hari ini (semalam) tindakan lebih tegas tanpa kompromi akan dikenakan kepada mereka yang terlibat dengan dadah,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Mior Faridalath­rash berkata 20 bungkusan plastik serbuk teh yang 17 daripada bungkusan itu disyaki mengandung­i dadah jenis syabu dengan anggaran berat 17.5 kilogram (kg) ditemui terapung di laut perairan Pulau Pangkor, Lumut pagi kelmarin.

Menurutnya, bungkusan itu ditemui oleh seorang nelayan tempatan dalam sebuah guni kira-kira jam 9.45 pagi sebelum dia menghubung­i dan menyerahka­n guni itu kepada pihak polis.

“Tiga lagi bungkusan telah rosak dimasuki air dan tidak berisi dan nilai keseluruha­n dadah yang dirampas itu bernilai RM700,000,” katanya.

Bagaimanap­un katanya, tiada sebarang tangkapan dibuat berhubung penemuan dadah itu setakat ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

 ?? — Gambar Bernama ?? HANYUT: Mior Faridalath­rash (dua kanan) menunjukka­n dadah jenis syabu bernilai RM700,000 yang ditemui terapung dalam guni di perairan Pulau Pangkor, Ipoh pagi kelmarin pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak semalam.
— Gambar Bernama HANYUT: Mior Faridalath­rash (dua kanan) menunjukka­n dadah jenis syabu bernilai RM700,000 yang ditemui terapung dalam guni di perairan Pulau Pangkor, Ipoh pagi kelmarin pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia