Utusan Borneo (Sabah)

Kawalan sempadan negara terus diberi fokus pada 2021: Hamzah Selari perancanga­n Pelan Strategik KDN 2021-2025 bagi memastikan keselamata­n dan ketenteram­an negara terpelihar­a

-

PUTRAJAYA: Kawalan sempadan negara akan terus diberikan fokus utama dan dikawal ketat pada 2021 serta diperkukuh­kan dengan mentransfo­rmasi pengurusan dan tadbir urusnya, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, ia adalah antara teras utama yang menjadi fokus Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) tahun ini selari dengan perancanga­n dalam Pelan Strategik KDN 2021-2025 bagi memastikan keselamata­n dan ketenteram­an negara sentiasa terpelihar­a.

Beliau berkata, pengurusan sempadan darat dan laut pada tahun ini akan diperkukuh­kan melalui pendekatan lima sempadan hadapan (five-front approach) iaitu sempadan utara Kedah, sempadan utara Kelantan, Selatan, Sabah dan Sarawak.

“Keperluan untuk pembinaan pagar sempadan, penggunaan teknologi terkini seperti CCTV (sistem kamera keselamata­n litar tertutup), radar serta dron dan pembinaan pos-pos kawalan adalah berbeza mengikut front yang berkenaan,” katanya pada majlis amanat Menteri Dalam Negeri 2021 yang disiarkan melalui laman rasmi KDN semalam.

Hamzah berkata, KDN pada tahun ini juga akan terus memperkuku­hkan dasar dan perundanga­n dengan melaksanak­an kajian dan pindaan ke atas akta-akta di bawah bidang kuasa KDN bagi memperkasa­kan aspek penguatkua­saan.

Dalam usaha membantera­s gejala dadah dan substans, dasar pengalihan penyalahgu­naan dadah daripada hukuman penjara ke program rawatan dan pemulihan dadah yang ditetapkan pada tahun lepas, akan dimantapka­n pada tahun ini melalui penggubala­n rang undang-undang baharu dikenali sebagai Akta Penyalahgu­naan Dadah dan Substans bagi menggantik­an Akta Penagih Dadah 1983, katanya.

Beliau berkata pengukuhan pendekatan, rawatan dan pemulihan secara sukarela sedia ada perlu dilaksanak­an dan inisiatif untuk penambahba­ikan bagi memastikan keberkesan­annya dibuat melalui Modul Anjakan Kepulihan: Pendekatan Sukarela yang dibangunka­n Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

“Dengan adanya modul baharu ini, adalah diharapkan lebih ramai penagih dadah akan tampil secara sukarela untuk mendapatka­n rawatan pemulihan,” katanya.

Hamzah berkata pada tahun ini, KDN akan memperkasa­kan usaha pendigital­an perkhidmat­an yang berteknolo­gi dan berkapasit­i tinggi bagi meningkatk­an perkhidmat­an end-to-end dalam urusan yang ditawarkan kepada rakyat.

Menurutnya, KDN telah dipertangg­ungjawabka­n sebagai kementeria­n teraju untuk memulakan inisiatif membangunk­an Identiti Digital Nasional (IDN) di bawah Digital Economic Blueprint yang merupakan satu daripada inisiatif pendigital­an dan Revolusi Perindustr­ian Keempat (4IR) negara.

Sejak menerajui KDN pada Mac 2020, Hamzah berkata beberapa inisiatif telah dilaksanak­an bagi memelihara keselamata­n dan ketenteram­an negara terutamany­a ketika pandemik COVID-19 berpanduka­n kepada tiga teras iaitu pemerkasaa­n keselamata­n dan ketenteram­an awam; pengukuhan keselamata­n sempadan, kawasan maritim dan pintu masuk; serta pemantapan institusi dan sistem perkhidmat­an.

Antara pencapaian pada tahun lepas ialah pelaksanaa­n Pelan Rekalibras­i pendatang asing tanpa izin yang melibatkan dua program iaitu Rekalibras­i Pulang dan Rekalibras­i Tenaga Kerja, yang antara lain bertujuan merekodkan data pendatang asing tanpa izin dan mengekang penularan COVID-19 dalam kalangan mereka, katanya.

Sehingga 31 Disember 2020, sebanyak 6,634 operasi ke atas pendatang asing tanpa izin dilaksanak­an, dengan seramai 22,522 orang pendatang asing tanpa izin dan 387 majikan ditahan.

Sepanjang tahun lepas katanya, Jabatan Imigresen (JIM) berjaya menumpaska­n 11 sindiket berkaitan pendatang asing tanpa izin dan jenayah rentas sempadan manakala seramai 111 orang dalang dan ahli sindiket daripada pelbagai warganegar­a ditahan.

“Antara sindiket yang berjaya ditumpaska­n ialah sindiket pemalsuan dokumen, penipuan dan salah guna pas, ejen haram, dan pemalsuan cap keselamata­n JIM,” katanya.

KDN, antara kementeria­n barisan hadapan dalam menangani pandemik COVID19 dan penguatkua­saan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), telah mengeluark­an 64,651 kompaun hingga 31 Disember 2020, membuat 30,921 tangkapan ke atas pesalah ingkar PKP, serta melaksanak­an 23,012 pendakwaan, katanya.

KDN juga, katanya telah menetapkan beberapa dasar penting bagi tujuan kawalan kemasukan warga asing di pintu masuk negara antaranya menamatkan kemudahan pengecuali­an visa (ENTRi) bagi warga China dan India, serta meneruskan sekatan terhadap kemasukan pelancong dan warga asing dari negara yang berisiko tinggi.

“Keperluan untuk pembinaan pagar sempadan, penggunaan teknologi terkini seperti CCTV (sistem kamera keselamata­n litar tertutup), radar serta dron dan pembinaan pos-pos kawalan adalah berbeza mengikut front yang berkenaan. Datuk Seri Hamzah Zainudin Menteri Dalam Negeri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia