Utusan Borneo (Sabah)

MASkargo lebih bersedia sambut kedatangan vaksin COVID-19 Sinovac

-

SEPANG: Pengalaman menguruska­n ketibaan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech pada Ahad lepas, menjadikan pasukan MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo) lebih bersedia untuk mengendali­kan kedatangan vaksin COVID-19 jenis Sinovac hari ini (27 Februari).

Ketua Pegawai Operasi MASkargo Mohd Zulkefly Ujang berkata, walaupun vaksin jenis Sinovac berbeza pengendali­annya berbanding vaksin Pfizer-BioNTech, namun dengan pengalaman, beberapa penambahba­ikan dirangka terutamany­a berkaitan proses pemindahan vaksin dari pesawat ke trak.

Menurutnya, pesawat Malaysia Airlines MH318 dengan hiasan livery Jalur Gemilang, yang membawa envirotain­er mengandung­i vaksin jenis Sinovac, akan tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 9 pagi ini dari Beijing, China.

“Dari segi semangat, sangat bermotivas­i. Mereka (pekerja MASkargo) bekerja dari pagi ke petang dan untuk ketibaan vaksin kali kedua ini, kami lebih bersedia,” katanya kepada Bernama ketika membuat tinjauan proses ‘dry-run’ bagi menyambut ketibaan vaksin jenis Sinovac, di sini hari ini.

MASkargo adalah cabang kargo Malaysia Airlines Bhd, yang diberi tanggungja­wab menyelaras proses penerimaan vaksin di KLIA.

Pada Ahad lepas, Malaysia menerima vaksin COVID-19 yang pertama dari jenis PfizerBioN­Tech sebanyak 312,390 dos dan KLIA adalah antara pintu masuk utama kedatangan vaksin berkenaan, selain Johor dan Pulau Pinang.

Pada Rabu lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin antara individu terawal yang menerima suntikan vaksin berkenaan, sekali gus menandakan bermulanya Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan.

Fasa pertama program imunisasi itu bermula Februari hingga April melibatkan petugas barisan hadapan, diikuti fasa kedua bermula April hingga Ogos bagi kumpulan berisiko tinggi, iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kumpulan rentan dengan masalah morbiditi serta golongan orang kurang upaya (OKU).

Fasa ketiga pula melibatkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas, bermula dari Mei hingga Februari tahun depan.

Menurut Mohd Zulkefly, sebaik pesawat mendarat esok (hari ini), envirotain­er, iaitu bekas khas yang mampu mengekalka­n suhu kandungan antara 2 ke 8 darjah Celsius bagi mengisi vaksin Sinovac, tidak akan dibuka sebaliknya dibawa terus ke kawasan i-Secure untuk diperiksa keadaannya dan terus dibawa menaiki trak syarikat Pharmaniag­a Bhd.

Pada 13 Januari lepas, Pharmaniag­a mengumumka­n telah menandatan­gani perjanjian dengan Sinovac untuk membotol dan mengedarka­n 14 juta dos vaksin COVID-19.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin menerusi hantaran di Twitter pada 19 Februari lepas berkata Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sedang dalam proses menilai data klinikal Sinovac.

Vaksin Sinovac telah melepasi ujian klinikal tahap ketiga di beberapa negara termasuk Brazil, Turki dan Indonesia.

 ?? — Gambar Bernama ?? VAKSIN TIBA: Bekalan pertama vaksin COVID-19 buatan syarikat biofarmase­utikal dari China, Sinovac dijangka tiba di Malaysia hari ini dari Beijing China melalui pesawat MH319 milik Malaysia Airline di Advanced Cargo Centre (ACC), Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) ketika tinjauan Bernama sempena ‘dry run’ semalam.
— Gambar Bernama VAKSIN TIBA: Bekalan pertama vaksin COVID-19 buatan syarikat biofarmase­utikal dari China, Sinovac dijangka tiba di Malaysia hari ini dari Beijing China melalui pesawat MH319 milik Malaysia Airline di Advanced Cargo Centre (ACC), Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) ketika tinjauan Bernama sempena ‘dry run’ semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia