Utusan Borneo (Sabah)

Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat meraikan ‘Cap Goh Meh’

-

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h menzahirka­n ucapan selamat meraikan ‘Cap Goh Meh’ kepada mereka yang menyambut pesta tanglung itu.

Seri Paduka berdua turut mendoakan kesihatan yang baik, kesejahter­aan dan kedamaian kepada semua.

Ucapan itu dikongsika­n menerusi sebuah poster berwarna-warni dalam laman Facebook rasmi Istana Negara semalam.

Cap Goh Meh yang juga dikenali sebagai ‘Yuan Xiao Jie’ adalah istilah Hokkien untuk malam ke-15 sambutan Tahun Baharu Cina, satu festival penting yang menandakan berakhirny­a perayaan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia