Utusan Borneo (Sabah)

Hari terakhir BPN 2.0 secara tunai di Mukah hari ini

-

MUKAH: Hari ini, 27 Februari merupakan hari terakhir bagi penerima tunai Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 di Dewan Suarah Mukah.

Bagi penerima di kawasan Mukah ini, pembayaran secara tunai telah bermula 24 Februari lalu.

Secara keseluruha­n, seramai 1,404 senarai penerima terdiri daripada penduduk di Mukah yang layak dan tidak mempuyai akaun bank.

Sebahagian daripada mereka turut mengambil peluang mendaftar baharu dan mengemas kini maklumat permohonan

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021.

Sepanjang proses, tatacara pembayaran dilaksanak­an mengikut gadis panduan ketat dan turut dipantau oleh petugas barisan hadapan.

Kerajaan telah mengumumka­n Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 khusus untuk golongan B40 dan M40 yang layak.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, pengagihan BPN fasa dua ini bermula pada 12 Oktober 2020 dan pembayaran kedua adalah pada 21 Januari 2021.

Pembayaran akan diberikan secara berperingk­at iaitu golongan B40 berkeluarg­a akan didahuluka­n.

Jumlah bayaran adalah mengikut kategori iaitu B40 (RM1,000), B40 bujang (RM500), M40 (RM600) dan N40 bujang (RM300).

Sejumlah RM7 bilion terdiri daripada 7.4 juta penerima B40 dan 3.1 juta M40 akan mendapat manfaat melalui BPN 2.0 kali ini.

Permohonan baharu serta rayuan tamat pada 15 November tahun lalu.

Selain BPN, permohonan BPR juga baharu dibuka pada 15 Januari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia