Utusan Borneo (Sabah)

Daro berpotensi besar dalam sektor ternakan ikan air tawar

-

MUKAH: Daerah Daro dikenal pasti berpotensi dalam memperkemb­angkan salah satu sektor penting pertanian iaitu penternaka­n air tawar.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADU N) Daro Safiee Ahmad, ia berdasarka­n permintaan tinggi terhadap sektor berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika simbolik penyampaia­n bantuan bagi projek ternakan ikan air tawar di bawah Program Dana Kemudahan Pertanian (AFF) DUN Daro di Daro kelmarin.

Bantuan tersebut diserahkan kepada dua penerima dari Sungai Serban, Daro dengan masing-masing menerima 80,000 ekor benih ikan talapia dan ikan jelawat.

Selain itu, para peserta turut diberikan kelengkapa­n lain dengan peruntukan sebanyak RM20,000 bagi satu projek.

Justeru, Safiee berharap peserta projek mempunyai komitmen yang tinggi untuk menjayakan projek akuakultur berkenaan yang juga inisiatif kerajaan negeri menerusi AFF bagi meningkatk­an ekonomi rakyat.

Beliau juga memberi jaminan kepada peserta projek bahawa bimbingan berterusan akan diberikan oleh pihak Jabatan Pertanian untuk memastikan kejayaan projek mereka.

 ??  ?? TAHNIAH: Safiee (kiri) ketika menyerahka­n secara simbolik bantuan kepada dua peserta program AFF.
TAHNIAH: Safiee (kiri) ketika menyerahka­n secara simbolik bantuan kepada dua peserta program AFF.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia