Utusan Borneo (Sabah)

Tiga wartawan antara terawal disuntik vaksin COVID-19

-

Tiga wartawan antara 132 individu terawal menerusi fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pejabat Kesihatan Kota Samarahan, semalam.

Wartawan dari Utusan Borneo Saibi Gi, Zulazhar Sebli (The Star) dan Rudy Affendy Khalik (Awani Sarawak) menerima vaksin pada kira-kira jam 10:30 pagi.

Saibi berkata, beliau berasa sangat bertuah kerana dipilih dalam kumpulan terawal disuntik vaksin Pfizer-BioNTech.

“Sebagai wartawan yang sentiasa terdedah dengan orang ramai ketika melaksanak­an tugas harian, memang kami perlu diberi vaksin awal,” katanya ditemui.

Berkongsi perasaan ketika menunggu disuntik, beliau berkata tiada apa yang hendak dirisaukan menerima vaksin berkenaan.

“Cuma berdebar-debar sedikit ketika menunggu giliran hendak disuntik.

“Kesan selepas disuntik, setakat ini tiada apa-apa yang tidak normal. Tidak ada rasa sakit atau pening kepala,” ujarnya.

Sementara Zulazhar berkata, beliau sanggup menerima suntikan vaksin terawal kerana ingin memberi contoh baik kepada masyarakat dan wartawan lain.

Malah, faktor kerja yang sering terdedah dengan orang ramai mendorong beliau sanggup tergolong dalam kumpulan terawal disuntik vaksin.

“Saya menyahut seruan kerajaan agar menerima suntikan vaksin demi kesihatan,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada kerajaan kerana mengiktira­f wartawan sebagai petugas barisan hadapan.

“Kerajaan nampaknya faham dan menghargai peranan dan tanggungja­wab media terutama ketika COVID-19,” jelasnya.

Bagi Rudi, proses suntikan vaksin di pusat tersebut dijalankan dengan cukup mesra, mudah dan tidak menyakitka­n.

“Ini adalah perjuangan kita untuk memastikan semua kita, termasuk generasi masa depan bebas daripada wabak maut COVID-19,” ujarnya.

Menerusi Persekutua­n Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA), seramai 13 wartawan dipilih sebagai penerima suntikan fasa pertama di Sarawak.

Turut menerima suntikan vaksin di Pejabat Kesihatan Kota Samarahan semalam ialah Ahli Parlimen Samarahan Rubiah Wang dan Residen Samarahan Ibrahim Lumpu.

Turut menerima suntikan vaksin ialah petugas Kementeria­n Kesihatan.

Sebelum itu, vaksin Pfizer-BioNTech tiba di Pejabat Kesihatan Kota Samarahan pada jam 9:45 pagi.

Ia dibawa dari Cawangan Logistik Farmasi Negeri Sarawak, Bintawa, Kuching.

 ??  ?? SUDAH: (Dari kiri) Saibi, Rudi dan Zulazhar beraksi menunjukka­n tanda bagus selepas menerima suntikan vaksin COVID-19, semalam.
SUDAH: (Dari kiri) Saibi, Rudi dan Zulazhar beraksi menunjukka­n tanda bagus selepas menerima suntikan vaksin COVID-19, semalam.
 ??  ?? SUNTIK: Saibi menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pejabat Kesihatan Kota Samarahan.
SUNTIK: Saibi menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pejabat Kesihatan Kota Samarahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia