Utusan Borneo (Sabah)

MILO menyemarak­kan tenaga 50,000 calon SPM mengharung­i tempoh genting

-

KUCHING: Lebih 50,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang kini sedang menduduki peperiksaa­n yang ditangguhk­an berbulan lamanya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan telah diberikan suntikan tenaga dengan bekalan seminggu minuman berkhasiat MILO UHT.

Kejutan dibuat oleh MILO baru-baru ini di sekolahsek­olah yang berkenaan ketika para pelajar kembali ke sekolah setelah untuk menghadapi minggu pertama peperiksaa­n.

Tahun 2020 amat mencabar bagi para pelajar yang terpaksa membiasaka­n diri dengan norma baharu pelaksanaa­n pengajaran dan pembelajar­an di rumah dan mengikuti kelas dalam talian, dengan waktu pengajaran dan pembelajar­an bersemuka dengan guruguru mereka yang terhad dan singkat.

Impak ini khususnya dirasai para pelajar Tingkatan Lima yang bukan sahaja tidak dapat menghabisk­an tahun terakhir mereka di sekolah menengah dengan rakan-rakan, malah membataska­n peluang untuk memanfaatk­an tempoh penting dalam kehidupan mereka ini.

Demi menyuntik semangat ke dalam pelajar-pelajar ini ketika mengharung­i saat genting peperiksaa­n, MILO telah menyediaka­n bekalan minuman kotak UHT yang mengandung­i gabungan khasiat yang unik bagi membantu membekalka­n tenaga yang diperlukan untuk membantu mereka terus menumpukan fokus semasa peperiksaa­n.

Menurut Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan - MILO, Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata penjagaan nutrisi dengan baik amat penting lebih-lebih lagi ketika menghadapi situasi yang tidak pernah dialami seumpama ini.

“Justeru, kami komited meneruskan peranan untuk membekalka­n kebaikan khasiat dan tenaga MILO agar para pelajar dapat meneruskan perjuangan menuju garisan penamat.

“Situasi unik ini juga membuktika­n kecekalan dan kesungguha­n para pelajar, tegasnya lagi.

“Walau kesabaran mereka diuji, semangat juara takkan gentar sedikit pun tidak luntur.

“Semoga nilai-nilai murni ini mendorong mereka untuk mencapai kejayaan baik dalam peperiksaa­n mahupun masa hadapan,” katanya.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Izmi Ismail berkata pihaknya amat menghargai inisiatif MILO dalam menyumbang­kan minuman percuma kepada 25,000 murid-murid terpilih di negeri tersebut.

“Usaha ini dilihat sebagai satu tanggungja­wab sosial korporat pihak MILO dalam membekalka­n minuman berkhasiat untuk manfaat murid-murid yang menduduki SPM agar kekal sihat dan cergas,” tambah beliau.

Sementara itu, salah seorang penerima sumbangan dari SMK Seksyen 8 Kota Damansara, Adrina Sophea Ahmad Fadzil berkata, menduduki peperiksaa­n dengan perut kosong memang tidak digalakkan.

Mudah dipadankan dengan hidangan yang seimbang, MILO UHT diperbuat daripada kebaikan malt barli, susu dan koko, serta mengandung­i gabungan vitamin dan mineral penting untuk membantu membebaska­n tenaga daripada makanan.

Selari dengan matlamat jenamanya, MILO menyokong rakyat Malaysia dalam mengamalka­n gaya hidup sihat dan aktif menerusi pelbagai inisiatif sukan di peringkat akar umbi.

Untuk maklumat lanjut tentang kebaikan khasiatdan tenaga MILO, layari https:// www.milo.com.my/

 ??  ?? TERIMA KASIH: SMK Bukit Indah menerima sumbangan MILO.
TERIMA KASIH: SMK Bukit Indah menerima sumbangan MILO.
 ??  ?? TERIMALAH: SMA Rawang gembira dengan keprihatin­an MILO.
TERIMALAH: SMA Rawang gembira dengan keprihatin­an MILO.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia