Utusan Borneo (Sabah)

MOTAC perkenal Art Hospital, pulih karya penggiat seni

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC) memperkena­lkan Art Hospital bagi membantu penggiat seni yang terjejas akibat bencana banjir di Pahang barubaru ini.

MOTAC dalam kenyataan semalam memaklumka­n inisiatif melalui Balai Seni Negara itu juga bertujuan membantu penggiat seni dalam proses konservasi dan rawatan yang khusus dari aspek pemulihara­an karya.

Menurut kenyataan itu, menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata banjir yang melanda Pahang turut menjejaska­n hampir 30 karya seorang pelukis, Mohaida Aini Mohd yang diselaputi lumpur.

Mohaida Aini turut berkongsi kesedihan apabila rumah peninggala­n keluarga yang dijadikan studio serta ruang simpanan karya koleksinya ditenggela­mi banjir dan beliau tidak berjaya menyelamat­kan karyanya.

“Justeru usaha ini bagi memastikan penggiat seni terjejas dapat kekal berkarya dalam tempoh pemulihan akibat banjir yang melanda,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Pengarah Seksyen Koleksi dan Konservasi Musrizal Mat Isa berkata aktiviti konservasi pemulihan bagi karya yang terkesan dijalankan selama lima hari bermula 15 hingga 19 Feb lepas.

“Kerja-kerja dilakukan di studio pelukis sehingga selesai dan dipindahka­n ke studio rakan pelukis yang terletak berhampira­n lokasi asal. Kerja-kerja melibatkan rawatan cucian secara mekanikal dan cucian basah pada lumpur,” jelas MOTAC.

Menurut MOTAC, kaedah penyimpana­n karya akan diberikan perhatian khususnya selepas karya-karya tersebut dibawa ke tempat penyimpana­n baharu.

Aktiviti pemulihan karya selepas sesuatu bencana merupakan tindakan awal dan akan menjadi satu permulaan untuk aktiviti sokongan sosial bagi pelukispel­ukis lain dalam usaha memperkena­lkan Art Hospital kepada penggiat seni di Malaysia.

“Ia juga diharap dapat menjadi salah satu platform oleh MOTAC dalam membantu penggiat seni untuk terus berkarya,” menurut kenyataan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia