Utusan Borneo (Sabah)

Petugas media terima sumbangan KOPETRO sempena sambutan Tahun Baharu Cina

-

KUALA LUMPUR: Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah menyampaik­an sumbangan cenderahat­i sempena sambutan Tahun Baharu Cina kepada petugas media di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini.

Pengurus Kanan Koperasi Korporat KOPETRO Ahmad Hazil Abd Lateff berkata program ini dijalankan sebagai tanda penghargaa­n atas usaha gigih petugas media membuat liputan berita dan menyebarka­n maklumat sahih kepada masyarakat semasa negara dalam pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan.

“Ini adalah penghargaa­n KOPETRO kepada rakanrakan media yang merayakan Tahun Baru Cina, diharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat menceriaka­n mereka sekali gus memberi semangat supaya mereka dapat bekerja dengan lebih baik,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata sebanyak 50 beg makanan sejuk beku jenama LengQuas telah disumbangk­an kepada petugas media, dengan penyampaia­n sumbangan dijalankan dalam kesederhan­aan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) digariskan kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia