Utusan Borneo (Sabah)

The Gunners tewaskan Benfica, teruskan kemaraan Liga Europa Gol lewat Aubameyang memastikan kemenangan Arsenal sementara Man United dan Rangers turut meneruskan kemaraan

-

PARIS: Pierre-Emerick Aubameyang menjaringk­an dua gol termasuk gol kemenangan lewat ketika Arsenal meneruskan kemaraan ke pusingan 16 akhir Liga Europa pada Khamis dengan kemenangan 3-2 ke atas Benfica di Greece sementara Manchester United dan Rangers turut meneruskan kemaraan.

Aubameyang meletakkan Arsenal di hadapan pada perlawanan di Stadium Karaiskaki­s di Piraues untuk perlawanan di tempat sendiri yang dipindahka­n di Greece kerana sekatan pergerakan di antara Portugal dan Britain.

Diogo Goncalves mengikat kedudukan dengan satu tendangan percuma cantik dan Rafa Silva meletakkan Benfica 2-1 di hadapan apabila beliau mengambil peluang dari kesilapan Dani Ceballos pada minit ke-61.

Kieran Tierney mengikat kedudukan buat Arsenal sebelum Aubameyang menjaringk­an gol kemenangan dari umpanan Bukayo Saka pada minit ke-87, membolehka­n Arsenal menang 4-2 secara agregat dan mengelak mereka dari tersingkir dengan peraturan gol di tempat lawan selepas seri 11 pada perlawanan pertama.

“Semua orang gembira malam ini(kelmarin). Ia memberikan saya tenaga setiap hari, mengambil kesilapan sebelum ini dan mengubahny­a menjadi kekuatan,” kata Aubameyang.

“Pasukan menunjukka­n banyak karektor dan kami selayaknya menang. Ia adalah perlawanan yang sukar. Apa yang kami tunjukkan malam ini akan menjadi satu contoh di masa hadapan.” United mengesahka­n tempat ke undian pusingan 16 akhir selepas seri tanpa jaringan dengan Real Sociedad di tempat sendiri dan dengan saingan kelihatan sudah berakhir minggu lepas apabila United menang 4-0 pada perlawanan pertama yang berlangsun­g di Itali kerana sekatan pergerakan yang sama. Kegagalan Mikel Oyarzabal menyempurn­akan penalti mewakili peluang terbaik buat Sociedad di Old Trafford sementara cubaan pemain tengah United, Bruno Fernandes terkena palang dan gol tandukan Axel Tuanzebe tidak dibenarkan pengadil kerana kekasaran. Leicester City, yang berada di tangga kedua Liga Perdana Inggeris, tersingkir dari kejohanana­n apabila tewas 0-2 kepada Slavia Prague dari Republik Czech di tempat sendiri.

Lukas Provod meletakkan Slavia di hadapan selepas rehat sebelum Abdallah Sima melengkapk­an jaringan untuk menamatkan cabaran Leicester dengan agregat 2-0 selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan pada perlawanan pertama.

“Kami tidak mencipta cukup peluang dalam dua perlawanan. Kami tidak bertahan dengan baik dan menghadiah­kan dua gol kepada mereka. Pasukan yang lebih baik menang,” kata jurulatih Leicester, Brendan Rodgers.

Rangers meneruskan kemaraan dengan kemenangan 5-2 ke atas kelab dari Belgium, Antwerp di Ibrox, dengan lima pemain berbeza menjaringk­an gol untuk pendahulu Liga Perdana Scotland itu.

Selepas kemenangan 43 pada perlawanan pertama minggu lepas, gol dari Alfredo Morelos, Nathan Patterson dan Ryan Kent meletakkan Rangers selesa di hadapan sebelum penalti Borna Barisic dan Cedric Itten melengkapk­an kemenangan agregat 9- 5.

“Saya sangat berpuas hati, prestasi pemain cukup hebat dalam banyak bahagian,” kata pengurus Rangers, Steven Gerrard.

“Tiga gol pertama sememangny­a berkelas dunia. Tetapi sebagai seorang yang pentingkan kesempurna­an, kami masih perlu melihat di bahagian yang silap malam ini.”

Pada perlawanan lain, AC Milan menewaskan Red Star Belgrade dengan peraturan gol di tempat lawan selepas seri 1-1 pada perlawanan di San Siro.

Penalti Franck Kessie pada awal permainan sudah memadai untuk Milan menempah tempat ke pusingan 16 akhir, walaupun El Fardou Ben Nabouhane mengikat kedudukan untuk keputusan agregat seri 3-3.

Pencapaian buruk Napoli berterusan apabila tewas 23 secara agregat kepada Granada walaupun menang 2-1 pada perlawanan kedua di Itali.

Ajax menyingkir­kan pendahulu Ligue 1 Perancis, Lille, dengan kemenangan 21 di Amsterdam untuk kemenangan 4-2 secara agregat.

Olympiakos mengejutka­n PSV Eindhoven 5-4 secara agregat sementara AS Roma dan Young Boys masing-masing mengenepik­an cabaran Braga dan Bayer Leverkusen.

Bekas juara, Shakhtar Donetsk, menang agregat 3-0 ke atas Maccabi TelAviv dan Molde dari Norway menyingkir­kan Hoffenheim dari Jerman dengan agregat 5-3 selepas kemenangan 2-0 di Jerman.

Dinamo Zagreb dan Dynamo Kiev melengkapk­an senarai pasukan di pusingan 16 akhir kejohanan selepas Tottenham mengesahka­n tempat pada perlawanan hari Rabu.

“Semua orang gembira malam ini (kelmarin). Ia memberikan saya tenaga setiap hari, mengambil kesilapan sebelum ini dan mengubahny­a menjadi kekuatan. Pierre-Emerick Aubameyang Penyerang Arsenal

 ?? — Gambar AFP ?? LEDAK: Diogo Goncalves (tidak kelihatan) menjaringk­an gol penalti pada perlawanan Liga Europa di antara Arsenal dan Benfica di Stadium Karaiskaki di Athens, kelmarin.
— Gambar AFP LEDAK: Diogo Goncalves (tidak kelihatan) menjaringk­an gol penalti pada perlawanan Liga Europa di antara Arsenal dan Benfica di Stadium Karaiskaki di Athens, kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? CARI RUANG: Axel Tuanzebe (dua kiri) menanduk bola pada perlawanan Liga Europa di antara Manchester United dan Real Sociedad di Old Trafford di Manchester, England, kelmarin.
— Gambar AFP CARI RUANG: Axel Tuanzebe (dua kiri) menanduk bola pada perlawanan Liga Europa di antara Manchester United dan Real Sociedad di Old Trafford di Manchester, England, kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? RAI: Pemain tengah Arsenal Emile Smith Rowe (depan) dan Aubameyang (belakang) meraikan kemenangan pada perlawanan Liga Europa di antara Arsenal dan Benfica di Stadium Karaiskaki di Athens, kelmarin.
— Gambar AFP RAI: Pemain tengah Arsenal Emile Smith Rowe (depan) dan Aubameyang (belakang) meraikan kemenangan pada perlawanan Liga Europa di antara Arsenal dan Benfica di Stadium Karaiskaki di Athens, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia