Utusan Borneo (Sabah)

Thierry Henry letak jawatan di CF Montreal atas faktor keluarga

-

MONTREAL: Thierry Henry meletak jawatan sebagai jurulatih di kelab CF Montreal atas sebab keluarga, menurut pengumuman kelab Liga Bola Sepak Utama (MLS) itu pada Khamis.

“Dengan berat hati saya membuat telah membuat keputusan ini,” kata bekas penyerang antarabang­sa Perancis dan kelab Arsenal itu dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n oleh bekas kelabnya dan diciap di laman Twitter.

“Tahun lepas adalah secara peribadiny­a sangat sukar bagi saya. Kerana pandemik COVID-19 di seluruh dunia, saya tidak dapat berjumpa dengan anak-anak saya. Malangnya kerana sekatan pergerakan berterusan dan juga kerana kami harus berada di Amerika (AS) untuk beberapa bulan, situasinya tidak berubah.

“Perpisahan ini terlalu sukar untuk saya dan anak-anak saya. Kerana itu, dengan rasa sedih saya harus membuat keputusan untuk kembali ke London dan meninggalk­an CF Montreal.”

Ketua Eksekutif Montreal, Kevin Gilmore mengakui pada sidang media maya bahawa beliau “terkejut” kerana Henry, yang dilantik pada November 2019 untuk kontrak dua tahun, meninggalk­an kelab.

“Sememangny­a rancangan kami ialah untuk membawa Thierry ke sini untuk tempoh jangka panjang, dengan kerjasama (pengarah sukan) Olivier (Renard) untuk membina identiti franchise yang berjaya.

“Tetapi saya tidak terkejut dengan keadaan yang berlaku,” tambah beliau.

“Tidak ramai orang boleh menghargai betapa sukarnya untuk mereka di kelab ini pada tahun lepas, terpaksa tinggal jauh dari rumah, keluar dari hotel dan beg dengan jangkaan meneruskan tugas di tahap terbaik tanpa mengambil kira tekanan mental yang terpaksa diharungi,” kata Gilmore.

Musim pertama Henry disukarkan dengan sekatan perjalanan pandemik, yang memaksa pasukan itu berpindah sementara ke AS untuk bermain perlawanan.

Mereka bermain hanya tiga perlawanan di tempat sendiri di Stade Saputo kerana protokol kesihatan ini.

Kelab dari Kanada itu menamatkan saingan di tempat kesembilan untuk Zon Timur MLS sebelum tewas di pusingan pertama playoff dan turut tewas di suku akhir Liga Juara-Juara CONCACAF.

Henry, penjaring terbanyak sepanjang zaman Arsenal dan juga penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Perancis, pernah membimbing kelab Monaco di antara Oktober 2018 dan Januari 2019.

Sebelum itu, beliau bekerja sebagai jurulatih remaja di Arsenal dan kemudian menjadi penolong kepada jurulatih kebangsaan Belgium, Roberto Martinez ketika pasukan itu menamatkan saingan Piala Dunia 2018 Rusia di tempat ketiga.

Pada musim lepas, Montreal mempunyai barisan pemain termasuk bekas pemain tengah Tottenham, Victor Wnyama dan bekas penyerang Barcelona, Bojan Krkic.

Awal bulan ini, ia dilaporkan bahawa kelab Bournemout­h berminat untuk mendapatka­n khidmat Henry ketika mereka mahu cuba kembali semula ke Liga Perdana Inggeris selepas tersingkir musim lepas.

Bagaimanap­un, minggu lepas, Bournemout­h menamakan Jonathan Woodgate sebagai pengurus sehingga akhir musim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia