Utusan Borneo (Sabah)

Elemen kebudayaan Sarawak

Sarawak United FC tampil dengan logo baharu pasukan lebih menyerlah penggunaan ‘Terabai’

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Sarawak United FC (SUFC) tampil dengan logo baharu pasukan yang lebih menyerlah tanpa melupakan elemen-elemen kebudayaan Sarawak.

Pengurusan Publisiti dan Media Sarawak United FC menerusi kenyataann­ya di sini semalam berkata berkonsepk­an minimalis, penggunaan ‘Terabai’ dijadikan sebagai asas logo baharu itu.

Menurutnya, Terabai sangat sinonim dengan perisai orang Dayak Sarawak dipilih sebagai identiti baharu menggantik­an identiti lama kelab tersebut.

“Logo baharu telah didaftarka­n sebagai hak milik Sarawak United FC di Perbadanan Harta Intelek (myIPO).

“Penggunaan Terabai dalam logo ini adalah hasil garapan buah fikiran barisan pengurusan Sarawak United FC sebulat suara mahukan SUFC tampil dengan imej baharu menggantik­an logo lama digunakan bermula pada musim ini.

“Inspirasi Terabai diambil sempena dengan sifat terabai itu sendiri berfungsi sebagai ‘shield’ untuk bertahan dan berlindung daripada serangan luar,” katanya.

Dalam pada itu, logo baharu tersebut masih mengekalka­n penggunaan tiga warna utama bendera negeri Sarawak iaitu merah, hitam dan kuning.

Logo baharu itu tidak melupakan Burung Kenyalang diolah sedikit moden dengan sayap terbuka sebagai lambang kemegahan Bumi Kenyalang dan bola sepak di tengahnya membawa definisi ‘kemegahan dalam arena bola sepak’.

Logo baharu itu buat pertama kali digunakan dalam perlawanan Sarawak United FC menentang Kedah FC di Stadium Pusat Latihan FAS Kompleks Sukan, Selangor, jam 8.30 malam ini.

Dalam perkembang­an sama, pengurusan SUFC terus melaporkan perkembang­an terkini pasukan melalui platform media sosial rasmi pasukan di facebook page dan Instagram Sarawak United FC Offical.

Perkembang­an pemainpema­in dan sesi latihan berlansung di Mahsa Universiti Kolej, Lembah Klang terus dilaporkan secara terus di media sosial SUFC.

“Penggunaan Terabai dalam logo ini adalah hasil garapan buah fikiran barisan pengurusan Sarawak United FC sebulat suara mahukan SUFC tampil dengan imej baharu menggantik­an logo lama digunakan bermula pada musim ini. Kenyataan Pengurusan Publisiti dan Media Sarawak United FC

 ??  ?? IMEJ BAHARU: Logo baharu pasukan Sarawak United FC digunakan ketika menentang Kedah di Stadium Pusat Latihan FAS Kompleks Sukan, Selangor malam ini.
IMEJ BAHARU: Logo baharu pasukan Sarawak United FC digunakan ketika menentang Kedah di Stadium Pusat Latihan FAS Kompleks Sukan, Selangor malam ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia