Utusan Borneo (Sabah)

Kemampuan di padang bakal menjadi ukuran Amri Yahyah

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Berusia 40 tahun, Mohd Amri Yahyah ialah antara pemain tertua beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Usia yang sudah dianggap veteran itu menyebabka­n ada yang mempersoal­kan kehadirann­ya dalam skuad Sabah FC.

Bagaimanap­un, ia bukan isu buat ketua jurulatih, Kurniawan Dwi Yulianto malah menyifatka­n bekas pemain kebangsaan kelahiran Selangor itu sebagai `role model’ pemain-pemain lain.

“Memang ramai orang bicara tentang mengapa ambil pemain sudah veteran, tetapi buat saya, kemampuan di padang itu yang paling penting.

“Dia (Amri) pemain berpengala­man, bisa kuasai permainan di tengah dan memberikan rasa yakin kepada pemain tempatan lain,” kata Kurniawan.

Beliau berkata demikian merujuk kepada persembaha­n Amri ketika perlawanan pra-musim Sabah FC menentang Sarawak United FC dan KL United di Kuala Lumpur pada 21 dan 23 Februari lalu.

“Paling penting, dia (Amri) bisa menjadi `role model’ kepada pemain-pemain tempatan... bagaimana dia menjaga tubuh badan, jaga istirehat, makan dan dalam latihan juga selalu memberikan 100 peratus.

“Ini menjadi hal yang positif untuk pasukan kami dan memang sudah nampak. Walaupun baharu beberapa hari ini, para pemain sangat memahami bagaimana menjadi seorang profesiona­l,” kata Kurniawan.

Amri cukup dikenali dalam arena bola sepak tanah air dan digeruni sebagai penyerang atau midfield ketika bersama skuad Selangor dari 2001 hingga 2013 juga pernah menyarung jersi Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Melaka United manakala pasukan terakhir disertainy­a musim lalu ialah Sarawak United FC.

Penyerang itu membuat 63 penampilan bersama Harimau Malaya dan berjaya menghasilk­an 13 gol.

Sambil itu, Kurniawan menyasarka­n meletakkan Sabah FC musim ini di kedudukan lebih baik berbanding tahun lalu.

Tahun lalu, Sabah (skuad Tambadau Sabah ketika itu) hanya dapat kekalkan status di Liga Super dengan kedudukan selamat terakhir di tangga ke-10 kalangan 12 pasukan.

“Secara peribadi saya target tentunya untuk lebih baik dari tahun lalu tetapi ini juga tidak mudah. Semua kena kerja keras, semua kena punya visi yang sama dan Alhamdulil­lah... setakat ini kami sudah lakukan persiapan dan semua punya satu hati yang sama untuk lebih baik dari tahun lalu,” katanya.

Kurniawan juga berharap empat lagi pemain import yang sudah `dilamar’ kelab itu dapat menyertai pasukan secepatnya dan beraksi seawal perlawanan pertama Liga Super menentang Melaka United di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 6 Mac depan.

Sabah FC kini hanya ada seorang pertahanan import dari Korea Selatan, Park Tae Su yang dikekalkan dari skuad musim lalu.

Empat pemain import yang dinantikan Sabah FC ialah pemain sayap kebangsaan Indonesia, Saddil Ramdani; pemain tengah kebangsaan Gabon, Levy Madinda; pemain tengah dari Macedonia, Ristro Mitrevski dan penyerang dari Liberia, Sam Garyahzon Johnson.

 ??  ?? MASIH LINCAH: Amri semasa perlawanan pra-musim Sabah FC menentang Sarawak United FC di Kuala Lumpur, Ahad lalu.
MASIH LINCAH: Amri semasa perlawanan pra-musim Sabah FC menentang Sarawak United FC di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia