Utusan Borneo (Sabah)

Rundingan kontrak baharu Neymar ‘berada atas landasan’: Leonardo

-

PARIS: Rundingan dengan Neymar mengenai kontrak baharu berada ‘atas landasan’, sementara rundingan dengan Kylian Mbappe masih berterusan, menurut pengarah sukan kelab Paris Saint Germain (PSG), Leonardo pada Khamis.

Dua penyerang bintang kelab juara bertahan Ligue 1 Perancis itu yang juga dua pemain termahal di dunia akan tamat kontrak pada Jun 2022.

Beberapa laporan media mencadangk­an bahawa satu perjanjian lanjutan kontrak dengan Neymar kelihatan sudah hampir pasti dimuktamad­kan.

“Ia berada di landasan yang betul,” kata Leonardo ketika memberitah­u stesen radio France Bleu Paris. “Tetapi pada akhirnya, satu kontrak itu hanya disahkan apabila ia ditandatan­gani dan itu belum berlaku ketika ini.”

Mbappe, yang seperti Neymar menyertai PSG pad 2017, dikaitkan dengan satu perpindaha­n ke Real Madrid.

“Kami sedang berunding dengan Mbappe,” kata Leonardo.

“Kami sudah mengambil masa yang agak panjang. Ia sentiasa semakin jelas, kami akan tiba pada satu masa apabila kami harus mengambil satu kedudukan, satu keputusan.

“Saya fikir kami semakin hampir kepada kedudukan itu.”

Leonardo juga mengesahka­n bahawa PSG mahu melanjutka­n kontrak Angel Di Maria dan Juan Bernat, dengan kontrak kedua-dua pemain akan tamat pada akhir musim ini.

 ??  ?? NEYMAR
NEYMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia