Utusan Borneo (Sabah)

129 kes positif COVID-19 pada Jumaat

Peningkata­n kes di Sabah disebabkan Kluster Sinsingon Nabawan

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Sebanyak 129 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan di sini pada 26 Februari 2021 dengan satu kematian dicatatkan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu, terdapat satu kluster baharu dilaporkan iaitu Kluster Merotai Besar, Kalabakan.

“Kluster berkenaan mencatatka­n enam kes baharu dengan bilangan kumulatif 26 kes. Kes indeks membabitka­n penolong penyelia kedai yang dikesan positif melalui saringan bergejala.

“Kes kematian pula adalah melibatkan di Papar. Peningkata­n kes pada Jumaat disebabkan kluster Sinsingon, Nabawan yang mencatatka­n bilangan kumulatif sebanyak 29 kes positif. Kluster ini turut menular di Kota Kinabalu dengan tiga kes dan Keningau dengan dua kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, daripada 129 kes baharu hari ini, Nabawan mencatatka­n kes tertinggi dengan 29 kes, diikuti dengan Keningau (22), Kota Kinabalu (20), Kalabakan (12), Sandakan (9), Tawau (7), Kota Marudu (7), Lahad Datu (5), Kinabatang­an (5), Kudat (3), Penampang (2), Papar (2) dan satu kes masing-masing di Pitas, Putatan, Beluran, Semporna, Kota Belud dan Tambunan.

Sementara itu katanya, kes pulih yang dilaporkan pada Jumaat sebanyak 132 kes dengan bilangan kumulatif 51,184 kes. Manakala, kematian di Sabah meningkat kepada 372 kes.

Setakat ini katanya, sebanyak 52,595 kes COVID-19 dilaporkan di Sabah dengan 800 kes aktif yang sedang menerima rawatan, iaitu 283 orang di hospital dan 509 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) serta lapan orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau penjara.

“Terdapat 38 orang ditempatka­n di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 13 orang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata Kerajaan negeri bersetuju membenarka­n aktiviti billard beroperasi di premis berlesen berkuatkua­sa hari ini.

Bagaimanap­un katanya,

MASIDI

kebenaran ini tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) dalam bidang sukan yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergeraka Bersyarat

(PKPB).

Namun katanya, aktiviti billiard hanya dibenarkan untuk permainan secara suka-suka dan bukannya untuk pertanding­an.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia