Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan komited laksana pelbagai program

Turun padang santuni, beri bantuan kepada rakyat Sabah

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Kerajaan negeri terus komited membantu menyalurka­n bantuan bakul makanan dengan pelbagai program-program yang dijalankan bagi membantu rakyat yang terjejas.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Kesejahter­aan Rakyat Sabah, Ir Shahelmey Yahya berkata pihaknya turut turun padang menyantuni dan memberi bantuan kepada rakyat di seluruh di negeri ini.

“Kita sudah menyempurn­akan beberapa siri bantuan melalui program kembara prihatin di negeri ini sejak awal bulan Febuari lagi dan dijangkaka­n sehingga Mac nanti.

“Program ini berkait rapat dengan bantuan COVID19 2.0 yang mana kerajaan negeri sudah menyalurka­n bantuan bakul makanan dan bantuan ‘one-off’ sebanyak RM300 terutamany­a kepada golongan B40,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaik­an sumbangan sebanyak 100 bakul makanan kepada golongan B40 dan lima buah kerusi roda kepada mereka yang memerlukan di kawasan Tanjung Batu, di sini.

Menurutnya, pihak kerajaan negeri sentiasa menitikber­atkan soal kebajikan seluruh rakyatnya lebih-lebih lagi mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Pelbagai usaha dan kaedah telah digunakan untuk membantu semua golongan supaya setiap bebanan yang mereka tanggung dapat diringanka­n melalui program-program sedang berlangsun­g.

“Pihak kerajaan berharap dengan adanya bantuan ini juga, rakyat terus menikmati hasil usaha keprihatin­an kerajaan terhadap kebajikan rakyat tanpa terkecuali ,” katanya. Turut hadir Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu Andi Muhammad Suryady Hj Bandy.

 ??  ?? BANTUAN: Shahelmy menyampaik­an sumbangan bakul makanan kepada 100 golongan B40 di DUN Tg Batu.
BANTUAN: Shahelmy menyampaik­an sumbangan bakul makanan kepada 100 golongan B40 di DUN Tg Batu.
 ??  ?? KERUSI RODA: Shahelmy (dua kiri) menyampaik­an sumbangan kerusi roda kepada lima golongan yang memerlukan.
KERUSI RODA: Shahelmy (dua kiri) menyampaik­an sumbangan kerusi roda kepada lima golongan yang memerlukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia