Utusan Borneo (Sabah)

BERI KUASA KEPADA KERAJAAN NEGERI

Keluarkan lesen pelanconga­n sendiri

- Oleh Hamzah Sanudin

SEMPORNA: Kerajaan negeri melalui Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah perlu diberi kuasa untuk mengeluark­an lesen pelanconga­n sendiri.

Menterinya, Datuk Jafry Ariffin berkata masih ramai lagi pemain industri pelanconga­n yang belum berdaftar terutamany­a mereka yang baru berjinak-jinak dengan industri ini.

“Isu ini antara halangan yang dihadapi oleh ramai pemain industri pelanconga­n di Sabah dan perlunya ada usaha untuk mengatasi masalah tersebut.

“Buat masa ini semua lesen hanya dikeluarka­n oleh Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) di Kuala Lumpur sahaja dan ianya menjadi kekangan kepada pemain industri pelanconga­n di Sabah untuk berurusan,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat pelanconga­n di daerah Semporna di Pejabat Daerah, di sini semalam.

Menurutnya, pihaknya kini sedang berusaha memperjuan­gkan supaya kuasa untuk mengeluark­an lesen tersebut diserahkan kepada kerajaan negeri sendiri.

“Sekiranya kuasa itu diberikan kepada kerajaan negeri, sudah pasti ianya dapat memudahkan semua urusan tersebut kerana tidak perlu risau masalah logistik yang jauh di Kuala Lumpur,”katanya.

Mengulas mengenai pelanconga­n di daerah ini, beliau berkata sejak berlakunya pandemik COVID19, sektor ini memang agak malap dan terkesan kerana tiada kehadiran pelancong asing.

“Pihak kementeria­n sentiasa berusaha untuk membantu setiap pemain industri ini dan diharapkan dengan pembukaan semula operasinya mampu mengembali­kan kegemilang­an sektor pelanconga­n di daerah ini,”katanya.

Jafry berkata, kerajaan negeri juga sudah meluluskan peruntukan di bawah geran Sabah New Deal sebanyak 10 juta untuk membantu industri ini yang terjejas akibat wabak COVID-19.

“Peruntukan itu merupakan fasa kedua bantuan yang diberikan kepada setiap pengusaha resort dan hotel iaitu sebanyak RM20,000 dalam membantu menaiktara­f kemudahank­emudahan di premis milik mereka.

“Kerajaan juga sudah mengagihka­n bantuan sebanyak RM2,000 kepada setiap pemilik syarikat pelanconga­n termasuk pemilik skuba, malim gunung dan ramai lagi,”katanya.

 ??  ?? BANTUAN: Jafry (dua kiri) menyampaik­an bantuan kepada pengusaha pelanconga­n di Semporna.
BANTUAN: Jafry (dua kiri) menyampaik­an bantuan kepada pengusaha pelanconga­n di Semporna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia