Utusan Borneo (Sabah)

Kumpulan pertama vaksin Pfizer BioNTech tiba di Sandakan

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Kumpulan pertama vaksin PfizerBioN­Tech untuk daerah ini telah selamat tiba di Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan di sini pada tengah hari Sabtu.

Proses membawa vaksin COVID-19 itu telah dilakukan oleh satu pasukan yang melibatkan kakitangan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah yang juga Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Mohd Azhar Hamin berkata pasukan KKM terdiri daripada dua pegawai dan dua anggota manakala tiga pegawai dan enam anggota PDRM bertindak memberi kawalan keselamata­n.

“Pasukan ini bergerak dari Sandakan pada jam 8.30 pagi dan tiba di Klinik Kesihatan Telupid pada jam 10.43 pagi untuk mengambil vaksin. Selepas itu, mereka bertolak dari Telupid pada jam 11.35 pagi dan tiba di HDOK Sandakan kira-kira jam 1.10 petang.

“Sepanjang perjalanan membawa vaksin, tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku dan semuanya berjalan dengan lancar.

“Setibanya di hospital, kakitangan KKM telah menyimpan vaksin itu di bilik simpanan yang mana pihak kita akan mengawal ketat kawasan ini bagi memastikan vaksin berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Terdahulu, beliau bersama Timbalan Presiden 1 Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS), Faridah Giau dan Timbalan Pengarah (Perubatan) HDOK Sandakan, Dr. Mohd Fahmie Othman berada di HDOK Sandakan bagi menyambut ketibaan konvoi membawa vaksin Pfizer-BioNTech.

Difahamkan, vaksin Pfizer-BioNTech yang dibawa kali ini adalah untuk petugas KKM iaitu kumpulan juru suntik yang akan terbabit dalam program imunisasi selepas ini. Manakala, program vaksinasi di Sabah akan dilancarka­n secara rasmi pada 4 Mac ini.

 ??  ?? BAWA: Dua kakitangan KKM membawa beg berisi vaksin Pfizer BioNTech ke bilik simpanan khas di HDOK Sandakan.
BAWA: Dua kakitangan KKM membawa beg berisi vaksin Pfizer BioNTech ke bilik simpanan khas di HDOK Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia