Utusan Borneo (Sabah)

Vaksin COVID-19 keluaran Sinovac tiba di Malaysia

-

SEPANG: Malaysia semalam menerima vaksin COVID-19 keluaran Sinovac yang diterbangk­an dari Beijing, China menerusi penerbanga­n Malaysia Airlines MH319.

Pesawat Airbus 330300 dengan hiasan Jalur Gemilang yang membawa envirotain­er mengandung­i vaksin COVID-19 dalam bentuk cecair sebanyak 200 liter itu, mendarat pada kira-kira 9 pagi di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), di sini.

Vaksin COVID-19 yang dibangunka­n firma farmaseuti­kal China, Sinovac itu diangkut menggunaka­n pesawat Passenger-to-Cargo (PC2) iaitu pesawat penumpang digunakan untuk perkhidmat­an kargo, boleh diproses menjadi lebih 300,000 dos untuk keperluan Malaysia.

Ketibaan pesawat itu disambut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dan Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Turut serta ialah Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Luar Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein, Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing. — Bernama.

 ?? — Gambar Bernama ?? TIBA: Pesawat Airbus 330-300 dengan hiasan Jalur Gemilang yang membawa envirotain­er mengandung­i vaksin COVID-19 mendarat pada kira-kira 9 pagi di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).
— Gambar Bernama TIBA: Pesawat Airbus 330-300 dengan hiasan Jalur Gemilang yang membawa envirotain­er mengandung­i vaksin COVID-19 mendarat pada kira-kira 9 pagi di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia