Utusan Borneo (Sabah)

Polis tahan lelaki edar dadah untuk pusat hiburan

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Kegiatan seorang lelaki yang menikmati hidup mewah dengan mengedar dadah ke pusat hiburan berakhir apabila ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BAJN) IPD Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, suspek tempatan berumur 27 tahun itu ditahan di sebuah kondominiu­m di Damai kira-kira jam 5.30 petang 25 Februari lalu.

“Semasa ditahan polis menemukan satu peket plastik dadah jenis ketamine di dalam poket seluar suspek.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut di dalam rumah suspek kemudianny­a menemukan enam lagi peket dadah jenis ketamine, tujuh peket plastik pelbagai warna mengandung­i dadah jenis juice dan satu peket dadah jenis ekstasi yang disembunyi­kan di dalam ruang tamu,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata siasatan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap dan menjadi dalang pengedaran dadah dengan menjadi orang tengah kepada sindiket dan pengedar kecil di sekitar daerah ini.

Tambahnya suspek akan mendapat upah sebanyak RM5,000 sehingga RM6,000 sebulan bergantung kepada permintaan dadah.

“Keseluruha­n dadah yang dirampas termasuk 87.89 gram ketamine, 6.38 gram serbuk ekstasi dan 781.59 gram serbuk juice bernilai RM11,971.80 berupaya memenuhi hampir 1,051 penagih dalam satu-satu masa.

“Suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau bagaimanap­un hasil ujian urine mendapati suspek positif ketamine dan pihak polis turut merampas dua kenderaan, wang tunai RM3,000 serta dua buah telefon bimbit dengan rampasan keseluruha­n bernilai RM353,000 yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pengedaran dadah,” katanya.

Habibi berkata, suspek kini direman tujuh hari manakala kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A(1), Seksyen 12(12), Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 7 Akta Dadah Berbahaya 1952.

 ??  ?? RAMPAS: Dadah jenis ketamine, juice serta ekstasi serta wang tunai yang dirampas semasa penahanan suspek.
RAMPAS: Dadah jenis ketamine, juice serta ekstasi serta wang tunai yang dirampas semasa penahanan suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia