Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan Persekutua­n peruntukan RM77 juta

-

KOTA BELUD: Kerajaan Persekutua­n memperuntu­kan RM77 juta untuk menyelesai­kan masalah banjir di Kota Belud.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kementeria­nnya komited untuk mengatasi masalah banjir di daerah Kota Belud melalui pelaksanaa­n dua projek utama tebatan banjir dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang dilaksanak­an oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Menurut Tuan Ibrahim, antara projek tersebut ialah Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai GurongGuro­ng Pekan Kota Belud dan Projek Tebatan Banjir Sungai Kedamaian, Sungai Tempasuk, Sungai Abai dan Sungai Kawang-Kawang, Kota Belud.

“Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai GurongGuro­ng yang bernilai RM27 juta ini dalam peringkat pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2022.

“Ia akan memberi manfaat kepada penduduk di Pekan Kota Belud daripada risiko banjir kilat dan penguranga­n keluasan banjir meliputi keluasan 20 hektar.

“Manakala, Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kedamaian, Sungai Tempasuk, Sungai Abai dan Sungai Kawang-Kawang diperuntuk­kan sebanyak RM50 juta.

“Projek ini akan mengurangk­an risiko banjir di Kampung Menunggui, Kampung Kota Belud, Kampung Siasai Tamu dan kawasan sekitar dengan penguranga­n keluasan banjir seluas 188 hektar yang akan memberikan manfaat kepada 2,000 penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan kerja ke kawasan banjir dan tapak projek rancangan tebatan banjir di sini, pada Sabtu.

Tambah Tuan Ibrahim, kementeria­nnya akan menjalanka­n Kajian Kemungkina­n Bersepadu Sumber Air dan Tebatan Banjir bagi mencari penyelesia­n menyeluruh isu-isu sumber air dan tebatan banjir di daerah berkenaan.

“Saya yakin hasil kajian ini akan membolehka­n perancanga­n dan pelaksanaa­n yang lebih berkesan serta dapat dijalankan oleh pihak berkepenti­ngan.

“Saya akan sentiasa memantau perkembang­an dan kemajuan projek-projek ini bagi memastikan kejadian banjir di daerah Kota Belud dan kawasan sekitarnya dapat diminimumk­an,” jelasnya.

Hadir bersama rombongan, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri dan juga ADUN Pintasan, Fairuz Renddan, ADUN Usukan, Datuk Mohd Salleh Said, ADUN Tempasuk, Mohd Arshad Bistari dan Ketua Pengarah JPS, Datuk Ir Nor Hisham Mohd Ghazali.—Penerangan

 ??  ??
 ??  ?? LAWATAN: Gambar semasa lawatan Tuan Ibrahim ke kawasan banjir dan tapak projek Rancangan Te batan Banjir di Sungai Kedamaian, Sungai Tempasuk dan Sungai Gurong-Gurong, Kota Belud.
LAWATAN: Gambar semasa lawatan Tuan Ibrahim ke kawasan banjir dan tapak projek Rancangan Te batan Banjir di Sungai Kedamaian, Sungai Tempasuk dan Sungai Gurong-Gurong, Kota Belud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia