Utusan Borneo (Sabah)

Datuk Haji Abdul Rahman dalam ingatan tulis ikhlas

- Oleh Abd Naddin Haji Shaiddin

NAMA Datuk Haji Abdul Rahman Haji Lamudin (DARL)adalah satu nama yang sukar dipisahkan dengan Wilayah Persekutua­n Labuan.

Jika kita menyelak lembar halaman pelbagai peristiwa sejarah yang berlaku di pulau itu, pastilah kita akan bertemu nama Haji Abd Rahman Haji Lamudin, sama ada sebagai mantan guru besar, sebagai pesuruhjay­a pengakap, sebagai aktivis dakwah, sebagai ahli jemaah peladang, sebagai penulis dan antara pengasas Persatuan Penulis Wilayah Persekutua­n Labuan (PERWILA) yang ditubuhkan pada 1985 dan pelbagai peranan penting yang lain. Beliau turut mewarnai peristiwa sejarah di WP Labuan bersama rakanrakan­nya.

Anak kedua daripada 13 adik beradik ini berasal dari Kampung Sungai Bedaun Pulau Labuan. Beliau adalah putera kepada Haji Lamudin Karudin dan Akinah Salleh yang memiliki keluarga besar yang tersebar di Sabah, Brunei, Sarawak dan Semenanjun­g. Dilahirkan pada 15 Mei 1943, beliau terus komited dan aktif mencurahka­n baktinya kepada tanah air yang dicintai.

Beliau giat dalam NGO dan kegiatan-kegiatan sukarela sejak berpuluh tahun yang lalu. Sebagai seorang ahli Pengakap, beliau adalah Pesuruhjay­a Pengakap WP Labuan dan pernah Naib Yang di Pertua 1 Majlis Pengakap Negeri.

Beliau juga adalah Ahli Seumur Hidup dan AJK Persatuan Penulis Wilayah Persekutua­n Labuan 2019-2021 . gambar ihsan Perwila Beliau juga adalah Timbalan Ketua USIA Bahagian Labuan,mantan Timbalan Pengerusi Tetap Usia Pusat, mantan Pengerusi Tetap UMNO Labuan, AJP Persatuan Peladang Kawasan Labuan Selatan.

Datuk Haji Abdul Rahman Haji Lamudin pernah menerima Panglima Mahkota Wilayah (PWM) (2018), Anugerah Tokoh Maal Hijrah WP Labuan 2017. Pertama kali kami bertemu ialah ketika saya menghadiri Dialog Penulis Teluk yang pertama pada tahun 1987 di WP Labuan. Beliau seorang yang tenang dan bersahaja.

Seorang yang mudah didekati. Beliau adalah antara penulis WP Labuan yang terus komited dakan Perwila sejak ditubuhkan sehinggala­h sekarang. Selain itu, kami juga sering bertemu dalam program dakwah Usia kerana beliau juga aktif dalam Pertubuhan Islam Seluruh Sabah, sebagai Timbalan Ketua Bahagian dan Timbalan Pengerusi Tetap USIA Pusat.

Khabar mengenai kepulangan­nya ke pangkuan ilahi pada pagi Jumaat 12 Februari adalah suatu khabar duka yang mengejutka­n. Kita semua, tidak kira siapa, pasti ilaihi rajiun, kembali kepadanya.

Bagi Cikgu Sahar Misron, Arwah Datuk Haji Abd. Rahman Haji Lamudin (DARL), seorang yang mudah didekati, sering berkongsi cerita dan kisah-kisah lama, pandai berpantun serta pandai bergurau.

“Seorang yang sangat menghormat­i kawan tanpa mengira usia atau asal-usul. Nasihatnya umpama bapa kepada anak, amat menyentuh hati. Pengalaman­nya tentang budaya Labuan amat luas dan patut dibukukan,” kata Sahara tau nama penanya Samsa Harris,mantan Ketua Dua Persatuan Penulis Wilayah Persekutua­n Labuan (PERWILA)

“Arwah DARL aktif dalam pelbagai kegiatan kemasyarak­atan dan NGO di Labuan. Kami sering bertemu dalam pelbagai kegiatan kemasyarak­atan dan NGO di Labuan.<’ katanya

Beliau sering muncul dalam apa sahaja acara di Labuan tanpa mengira siang atau malam. Pada pengamatan saya, hampir tiada siapa pun di Labuan yang tidak mengenali arwah. Beliaulah bapa, beliaulah antara sahabat terbaik yang pernah saya temui.

“Pada saya arwah DARL ialah tokoh budaya, bahasa dan sastera di Labuan yang akan kekal dalam ingatan warga Labuan berdasarka­n sumbangan besarnya, kata Sahar yang juga mantan Pengetua SMKP IB World School

Beliau aktif dalam kegiatan PERWILA dan merupakan AJK dan ahli seumur hidup PERWILA.

Kami amat terasa pemergiann­ya ke Negeri Abadi. Semoga rohnya ditempatka­n Allah dalam golongan beriman. Al-Fatihah, kata Saharyang mengenali arwah sejak berhijrah ke Labuan akhir Tahun 2003.

Gabriel Kimjuan, penulis muda WP Labuan yang paling menyerlah pula memiliki kenangan lain bersama arwah.

“Kenangan yang saya tidak lupakan bersama arwah ketika arwah pernah meminjamka­n baju Melayunya kepada saya untuk Majlis Semarak 30 tahun PERWILA(2015) dan Dialog Borneo-Kalimantan(DBK) ke-13 di Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia(2017),” katanya.

Gabriel memberitah­u Pertemuan pertama beliau dengan arwah pada tahun 2010 semasa mula menjadi ahli PERWILA.

“Semasa saya mula aktif dalam persatuan penulis PERWILA, arwah banyak memberikan idea-idea untuk aktiviti PERWILA.

Arwah juga salah seorang yang suka berpantun. Setiap jenaka pantunnya membuatkan semua rakan-rakan penulis senang bergaul dengannya.

“Arwah seorang yang peramah, mudah mesra dan sentiasa bagi sokongan terhadap apa saja aktiviti yang diadakan, kata Haji Suili Bakar, penyair veteran Labuan yang tidak asing lagi.

Beliau seorang yang berpandang­an jauh ke hadapan, demi kemajuan bersama dalam persatuan, juga masyarakat. “Beliau tidak pilih siapa siapa, dia tegur secara ikhlas”, katanya.

Semoga segala amalnya diterima, salah silapnya diampunkan Allah dan semoga roh Allahyarha­m ditempatka­n di kalangan orang-orang yang saleh.

 ??  ??
 ??  ?? MESRA: Jalinan Mesra Aidil Fitri Anjuran Perwila.
MESRA: Jalinan Mesra Aidil Fitri Anjuran Perwila.
 ??  ?? GERAKAN SASTERA: Haji Abdul Rahman bersama AJK sentiasa mendukung Perwila dalam setiap aktivitiny­a.
GERAKAN SASTERA: Haji Abdul Rahman bersama AJK sentiasa mendukung Perwila dalam setiap aktivitiny­a.
 ??  ?? TERKEMUKA: .Ahli Jawatankua­sa Perwila bergambar kenangan.
TERKEMUKA: .Ahli Jawatankua­sa Perwila bergambar kenangan.
 ??  ?? SENTIASA BERSAMA: Menyambut ketibaan rombongan dari Asterawani.
SENTIASA BERSAMA: Menyambut ketibaan rombongan dari Asterawani.
 ??  ?? SESI MESYUARAT: Mesyuarat Agung Perwila 2010.
SESI MESYUARAT: Mesyuarat Agung Perwila 2010.
 ??  ?? BELIAU BAGAIKAN BAPA: Sahar Misron bersama Allahyarha­m Datuk Haji Abdul Rahman Lamudin
BELIAU BAGAIKAN BAPA: Sahar Misron bersama Allahyarha­m Datuk Haji Abdul Rahman Lamudin
 ??  ?? PEMIMPIN YANG KOMITED: Allahyarha­m Datuk Haji Abdul Rahman Haji Lamudin
PEMIMPIN YANG KOMITED: Allahyarha­m Datuk Haji Abdul Rahman Haji Lamudin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia