Utusan Borneo (Sabah)

20 lagi kesalahan langgar SOP COVID-19 dikesan

- Oleh Amir Anuar

KOTA KINABALU: Operasi Bersepadu Pemantauan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 mengesan 20 lagi kesalahan melibatkan pelanggara­n SOP.

Menerusi perkongsia­n terbuka Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi semalam, kompaun terbabit dikeluarka­n berdasarka­n empat kesalahan berasingan.

Iaitu, gagal mendaftar di aplikasi MySejahter­a atau mencatat nama di buku daftar premis, tiada penjarakan fizikal, tiada permit rentas daerah dan tidak memakai pelitup muka.

Kompaun Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) berkenaan dikeluarka­n di Semporna (tujuh), Tuaran (enam), Sandakan (lima), Penampang (satu) dan Keningau (satu).

Dalam operasi yang disertai 198 penguasa dengan kerjasama agensi seperti polis, RELA, pihak berkuasa tempatan, Majlis Keselamata­n Negara, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan tentera itu, turut diperiksa 342 premis dan dua daripadany­a diarah tutup.

Tindakan kompaun yang diambil Unit Inspektora­t dan Perundanga­n JKNS dijalankan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Berikutan pertambaha­n notis tawaran kompaun yang dikeluarka­n terbabit menjadikan jumlah keseluruha­n kompaun kepada orang awam yang ingkar SOP kini 4,071 keping.

 ??  ?? DR CHRISTINA
DR CHRISTINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia