Utusan Borneo (Sabah)

Dua lelaki ditangkap miliki dadah jenis syabu

- Oleh Hamzah Sanudin

KALABAKAN: Dua lelaki tempatan ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) disyaki memiliki dadah jenis syabu dalam dua siri tangkapan berasingan di daerah ini.

Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau, DSP Abd. Halim Ahmad berkata kedua-dua tangkapan dibuat pasukan PGA yang sedang menjalanka­n tugas Ops Benteng COVID-19.

Menurutnya, tangkapan pertama dilakukan di hadapan sebuah kedai di Jalan Kg Mangga, di sini kira-kira jam 11.30 pagi selepas pasukan PGA terserempa­k dengan seorang lelaki dalam keadaan mencurigak­an.

“Anggota PGA yang bertindak memeriksa lelaki,20, itu berhasil menjumpai enam paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu.

“Syabu seberat 0.49 gram yang dianggarka­n bernilai RM120 itu ditemui di dalam sebuah plastik gula-gula bagi tujuan mengaburi mata pihak berkuasa,”katanya dalam kenyataan medianya, di sini semalam.

Abd. Halim berkata tangkapan seterusnya dilakukan di kawasan Road Check Point (RCP) di Jalan Kalabakan - Sapulut kira-kira jam 3.30 petang.

Katanya, pasukan PGA bertindak menahan seorang lelaki yang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigak­an mahu melalui kawasan pemeriksaa­n tersebut.

“Hasil pemeriksaa­n terhadap lelaki berumur 26 tahun itu berjaya menjumpai dua plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu di dalam sebuah kotak rokok seberat 0.39 gram yang dianggarka­n bernilai RM400,”katanya.

Beliau berkata, kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Hasil pemeriksaa­n air kencing kedua-dua suspek juga mendapati mereka turut disahkan positif Methamphet­amine dan Amphetamin­e.

“Kedua-dua kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1) ADB 1952,” katanya.

 ??  ?? SUSPEK : Antara suspek yang berjaya ditangkap memiliki dadah jenis syabu.
SUSPEK : Antara suspek yang berjaya ditangkap memiliki dadah jenis syabu.
 ??  ?? TAKTIK: Taktik menyembuny­ikan syabu ke dalam bekas gulagula gagal.
TAKTIK: Taktik menyembuny­ikan syabu ke dalam bekas gulagula gagal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia