Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan negeri puas hati agihan bakul makanan COVID-19 2.0

- Oleh Hamzah Sanudin

SEMPORNA : Kerajaan negeri berpuas hati dengan pelaksanaa­n agihan bantuan bakul makanan COVID-19 2.0 di daerah ini yang dijalankan mengikut jadual dan prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Kesejahter­aan Rakyat Sabah, Ir Shahelmey Yahya berkata setelah mendengar taklimat daripada Pegawai Daerah Semporna, pihak kerajaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaa­n agihan tersebut.

“Hampir 95 peratus daripada lebih 11,000 bakul makanan telah diagihkan kepada semua golongan sasar termasuk golongan B40, eKasih dan keluarga yang diperintah­kan kuarantin di daerah ini.

“Secara keseluruha­n di setiap daerah yang sudah dilawati, saya sangat berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukka­n oleh Pusat Kawalan Operasi (PKOB) dalam mengagihka­n bakul makanan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai mendengar taklimat tersebut di Pejabat Daerah Semporna, di sini semalam. Dalam pada itu, beliau juga menjelaska­n semua golongan sasar di bawah kementeria­nnya sudah menerima bantuan melalui peruntukka­n yang disediakan.

“Selain daripada bantuan bakul makanan COVID19 2.0, setiap kementeria­n di negeri ini mempunyai peruntukka­n khas untuk membantu kumpulan sasar masing-masing.

“Bagi penerima di kementeria­n saya termasuk kanak-kanak, anak yatim, warga emas, OKU dan ibu tunggal yang berdaftar semuanya sudah menerima peruntukan khas tersebut,”katanya.

Shahelmey menjelaska­n, pihak kerajaan berusaha menyalurka­n pelbagai bentuk bantuan supaya dapat meringan bebanan rakyat terutamany­a yang terjejas akibat pandemik COVID19.

“Kerajaan negeri akan memastikan setiap rakyat mendapat manfaat daripada bantuan yang telah disediakan tanpa mengira golongan dan fahaman politik.

“Kita menjangkak­an semua agihan bantuan bakul makanan COVID-19 2.0 di negeri Sabah akan diselesaik­an selewat-lewatnya pada bulan Mac depan,”katanya.

 ??  ?? CENDERAKEN­ANGAN : Shahelmey (kiri) menerima cenderaken­angan daripada Pegawai Daerah Semporna Suhaimi Ejip.
CENDERAKEN­ANGAN : Shahelmey (kiri) menerima cenderaken­angan daripada Pegawai Daerah Semporna Suhaimi Ejip.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia