Utusan Borneo (Sabah)

Dua lelaki dipenjara, denda selepas rempuh SJR, guna nombor pendaftara­n palsu

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Dua lelaki yang didapati melakukan kesalahan semasa Sekatan Jalan Raya (SJR) menerima hukuman penjara serta denda.

Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superinten­dan Sammy Newton berkata keduadua kes terbabit sudah dituduh di mahkamah.

“Bagi kesalahan merempuh SJR, seorang lelaki tempatan dituduh mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan dijatuhkan hukuman penjara dua hari serta denda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada 24 Feb 2021 lalu.

“Mahkamah turut memerintah­kan agar kesalahan tersebut direkodkan ke dalam lesen memandu tertuduh,” katanya.

Menurutnya mengikut pertuduhan pada 18 April tahun lalu jam 12.15 pagi, tertuduh yang memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda merempuh SJR di Kilometer 2, Jalan RanauTambu­nan dan rempuhan menyebabka­n kerosakan kepada peralatan SJR milik IPD Ranau.

“Dalam kes berasingan pada 30 Januari tahun lalu jam 0930 pagi seorang lelaki tempatan turut dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Ranau selepas didapati bersalah mempamerka­n nombor pendaftara­n palsu kenderaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 108(3)(j) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Beliau turut menasihati pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati di dalam pemanduan, mematuhi peraturan lalu lintas, menjaga tatasusila ketika berada jalanraya, elakkan daripada mengubahsu­ai kenderaan tanpa kebenaran dan memalsukan dokumen atau nombor pendaftara­n kenderaan.

“Sekiranya terdapat pengguna jalan raya yang tidak mematuhi sebarang peraturan lalu lintas yang berkuatkua­sa, kita tidak akan berkomprom­i dengan sesiapa sahaja untuk mengambil tindakan yang tegas seperti memberi saman dan menyita kenderaan serta menuduh pesalah tersebut ke mahkamah,” katanya.

 ??  ?? REMPUH: Peralatan SJR Ranau rosak selepas dirempuh.
REMPUH: Peralatan SJR Ranau rosak selepas dirempuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia