Utusan Borneo (Sabah)

Dua bot nelayan ditahan, disyaki langgar syarat permit

-

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot nelayan tempatan Kelas C kerana disyaki melakukan aktiviti penangkapa­n ikan secara menunda kurang daripada tujuh batu nautika dari pantai, petang kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis Komander Maritim Mohd Ariz Md Kassim berkata, bot terbabit dikesan pada jam 4.30 petang dan 5 petang oleh Kapal Ronda APMM KM Semilang menerusi Ops Permai di perairan Tanjung Manat, dekat ini.

“Kejayaan ini juga hasil maklumat risikan yang berterusan selama tiga hari di perairan tersebut, baru-baru ini.

“Susulan itu, kesemua kru termasuk tekong warganegar­a tempatan yang terdiri daripada 10 orang berumur 22 hingga 57 tahun ditahan dan bot mereka diiring ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tanjung Manis untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Menurutnya lagi, sejumlah ikan bercampur-campur yang dianggarka­n seberat 1,150 kilogram daripada kedua-dua bot nelayan terbabit turut dirampas.

Tambahnya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana disyaki melanggar syarat sah lesen.

Justeru katanya, Maritim Malaysia menggesa komuniti maritim khasnya industri perkapalan dan nelayan agar mematuhi undang-undang dan mengutamak­an keselamata­n mereka apabila melaksanak­an sebarang aktiviti di laut serta mempraktik­kan pemakaian jaket keselamata­n.

 ??  ?? DITAHAN: Dua bot nelayan Kelas C yang ditahan dalam Ops Permai.
DITAHAN: Dua bot nelayan Kelas C yang ditahan dalam Ops Permai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia