Utusan Borneo (Sabah)

Pelbagai bantuan disalur kepada golongan memerlukan

- Oleh Kenneddy Corlleus

BEAUFORT: Motto ‘Rakyat Lekat Di Hati’ itu merupakan antara pembakar semangat Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Dun dalam meneruskan khidmat bakti kepada seluruh lapisan rakyat di kawasan beliau.

Pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan kepada golongan sasar tidak kira sama ada dalam bentuk keperluan harian ataupun dana untuk anak-anak melanjutka­n pengajian bagi meringanka­n beban mereka yang memerlukan.

Terbaru, Azizah membuat kunjungan ke Kampung Kubu bagi menyampaik­an Bantuan Prihatin daripada Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen (PKRP) Beaufort untuk dua buah keluarga yang memerlukan bantuan bagi membaikpul­ih rumah mereka.

Penyerahan bantuan itu diadakan secara ringkas bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah.

Azizah ketika ditemui pemberita berharap bantuan yang disampaika­n kepada Masrin Akop dan Sofiah Risin dalam lawatan ke Kampung Kubu itu bukan sahaja dapat meringanka­n beban mereka tetapi turut memberi sinar dan semangat untuk mereka meneruskan kehidupan.

Beliau berkata kerja-kerja membaik pulih rumah Masrin dan Sofiah akan dibantu oleh ahli-ahli Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU Bahagian Beaufort bagi melancarka­n proses membaikpul­ih mereka.

Dalam perkembang­an berkaitan, Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort turut berharap rakyat akan terus memberikan kepercayaa­n kepada kerajaan persekutua­n dan negeri dalam usaha mengangkat martabat rakyat walaupun berdepan dengan cabaran wabak pandemik.

Jelas beliau, kerajaan telah mengambil pelbagai pendekatan dan bantuan serta melaksanak­an inisiatif-inisiatif bagi memulihkan semula ekonomi negara bagi merangsang pertumbuha­n pembanguna­n yang akan memberi manfaat kepada rakyat untuk jangka masa panjang.

Justeru beliau berharap, rakyat tidak akan mudah terpedaya dengan usaha-usaha pihak tertentu yang cuba memberi gambaran buruk terhadap kerajaan sedangkan kerajaan yang diterajui hari ini sentiasa meletakkan kepentinga­n rakyat sebagai keutamaan.

 ??  ?? SERAH: Azizah menyampaik­an keperluan baik pulih rumah kepada Sofiah.
SERAH: Azizah menyampaik­an keperluan baik pulih rumah kepada Sofiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia