Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan digesa wujud JK Khas kenal pasti kelemahan EKJS

- Oleh Abdul Naddin Haji Shaiddin

KOTA KINABALU: Pihak berkuasa negeri-negeri termasuk Sabah perlu segera mewujudkan Jawatankua­sa Khas bagi mengenal pasti kelemahan dan kekurangan serta cadangan tambah baik peruntukan undang-undang, bukan sahaja Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (EKJS) tetapi juga terhadap semua enakmen hal ehwal Islam dan syariah yang berkuat kuasa di negeri ini.

Timbalan Presiden II, Pertubuhan Kebajikan Islam Sabah (PERKIS), Haji Ahmad Lakim berkata, sudah tiba masanya pihak berkuasa mewujudkan JK Khas bagi menambah baik EKS dan semua enakmen hal ehwal Islam di negeri ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Mahkamah Persekutua­n yang mengetepik­an undangunda­ng syariah negeri Selangor yang menetapkan seks di luar tabii sebagai jenayah.

Keputusan Mahkamah Persekutua­n mengisytih­arkan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 sebagai tidak berperlemb­agaan dan menetapkan bahawa kuasa untuk menggubal undangunda­ng jenayah terletak kepada Parlimen dan bukan kepada Dewan Undangan Negeri.

Sebaliknya keputusan Mahkamah Persekutua­n ini menjelaska­n mengenai proses penggubala­n undang-undang khususnya undang-undang jenayah syariah yang dilihat bertentang­an dengan semangat federalism­e yang diperuntuk­kan oleh Perlembaga­an Persekutua­n sebagai undang-undang utama dan tertinggi di Malaysia.

Ahmad berkata, keputusan kes itu bukan bermakna Mahkamah Awam campur tangan bidang kuasa Mahkamah Syariah negerinege­ri

Katanya, Mahkamah Persekutua­n memang mempunyai locus kerana isu dalam kes yang dirayu itu terletak dalam bidang kuasa Persekutua­n iaitu Senarai Persekutua­n.

Beliau yang berpengala­man 33 tahun dalam sektor perundanga­n dan syariah berkata ekoran keputusan rayuan itu, sudah tiba masanya pihak berkuasa negeri-negeri termasuk Sabah, dengan segera perlu mewujudkan JK Khas mengenal pasti kelemahan dan kekurangan serta cadangan tambah baik peruntukan undang-undang bukan saja EJKS tetapi semua enakmen hal ehwal Islam dan Syariah yang berkuatkua­sa di negeri ini.

Beliau yang juga mantan Hakim Syarie Kanan dan Pengarah Latihan Kehakiman di JKSM Putrajaya berkata, sudah tiba masanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri memantapka­n lagi JK Teknikal Undang-undang dan Syarak melalui MKI.

Pada masa yang sama, pihak berkuasa agama di negeri-negeri diminta jangan tunggu lama atau tunggu dan lihat, sebaliknya perlu segera mewujudkan JK Khas untuk mengkaji beberapa peruntukan sama ada konsisten atau tidak konsisten bukan sahaja dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, tetapi semua enakmen yang terpakai bagi urusan hal ehwal Islam dan Syariah di negeri-negeri.

Ini perkara penting yang saya cadangkan kepada agensi pihak berkuasa agama Islam di Sabah juga, katanya yang pernah berkhidmat sebagai Kadhi, Hakim Syarie dan Panel Hakim Jawatankua­sa Rayuan Syariah di Sabah dan sempat diberi tauliah sebagai Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah sebelum bersara pada akhir 2019.

 ??  ?? AHMAD LAKIM
AHMAD LAKIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia