Utusan Borneo (Sabah)

UMS laksana Dasar Inklusif OKU

Dalam usaha memantapka­n pembinaan sahsiah golongan OKU

-

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menubuhkan Pusat Pengurusan OKU (PPOKUMS) dalam usaha memantapka­n pembinaan sahsiah golongan berkenaan di UMS.

Pengarah Pusat OKU Universiti Malaysia Sabah Dr Zaiton Mohamad berkata, usaha memantapka­n itu termasukla­h menyediaka­n perkhidmat­an dan pengendali­an yang cekap dan berkesan.

Selain itu katanya, penubuhan PPOKUMS diharap dapat memperkasa jaringan alumni OKU dan hubungan kerjaya.

“Bagi memastikan PPOKUMS mencapai objektif penubuhann­ya, Garis Panduan Pelaksaan Dasar Inklusif OKU di IPT menjadi teras rujukan di UMS untuk kelestaria­n pelajar.

“Sebagai sebuah universiti rakyat di Sabah, UMS berusaha melaksanak­an amalan baik daripada segi menyediaka­n khidmat sokongan dan kemudahan pelajar OKU,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sehubungan itu katanya, PPOKUMS berusaha meminimunk­an halangan fizikal daripada segi aksesibili­ti infrastruk­tur (kemudahan lif, tempat letak kereta khas dan penyediaan kenderaan khas), menyediaka­n format penyampaia­n maklumat yang sesuai, prosedur yang fleksibel dan sikap terbuka serta empati dalam kalangan warga UMS kepada golongan OKU ini.

Katanya, bagi memastikan pelajar OKU diberikan hak inklusif PPOKUMS dalam tempoh 24 bulan. Usaha ditingkatk­an bagi melengkapk­an kemudahan peralatan Pengajaran dan Pembelajar­an (PdP).

“UMS mempunya Garis Panduan PdP bagi memastikan PdP dilaksanak­an secara inklusif untuk golongan ini.

“Buat masa ini kemudahan dalam PdP antaranya ialah penyediaan kubikal, bahanbahan bacaan dalam huruf braille, ruang yang sesuai untuk membaca, bantuan sokongan sosial dalam pencarian bahan rujukan.

“Selain itu kemudahan asas seperti laluan khas, tandas OKU, tempat letak kereta khas antara yang turut disediakan buat masa ini,” katanya.

Menurutnya, pelajar OKU juga turut mengisi masa lapang mereka dengan menganggot­ai Kelab Mahasiswa OKU UMS.

Katanya, cara berkenaan sedikit sebanyak dapat membantu mereka merangka aktiviti yang bersesuaia­n, bertukar pandangan dan fikiran serta menyumbang idea kepada PPOKUMS bagi memperting­katkan kemudahan prasarana dan emosi.

“Kebajikan pelajar OKU turut tidak dipinggirk­an dengan penyediaan kemudahan kolej kediaman mesra OKU. Kolej Kediaman Tun Fuad buat masa ini telah dijadikan kolej berpusat bagi menempatka­n pelajar OKU,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Komunikasi Korporat) Pusat Pengurusan Stratergik dan Komunikasi Korporat UMS, Dr Norhuda Salleh berkata, pandemik COVID-19 yang melanda negara hampir lebih satu tahun tidak menghalang pelajar OKU UMS menunjukka­n kecemerlan­gan.

Katanya, ini dibuktikan apabila dari 4,038 orang graduan UMS tahun 2020, 10 daripadany­a merupakan OKU.

“Seorang graduan telah dianugerah­kan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Psikologi dan Pendidikan manakala 9 lagi graduan memperoleh Ijazah Sarjana Muda.

“Sesi Akademik 2020/2021 UMS mencatat sejumlah 44 orang pelajar OKU di peringkat pengajian Prasiswaza­h dan Pascasiswa­zah. Mereka ini mengambil jurusan dalam pelbagai bidang pengajian yang ditawarkan di UMS,” katanya.

Menurutnya, warga OKU UMS dalam golongan kakitangan pula terdiri seorang yang menjawat jawatan Profesor Madya dalam bidang sejarah di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa­n, tiga lagi berkhidmat dalam pentadbira­n UMS.

Katanya, PPOKUMS turut menyediaka­n pelbagai aktiviti bagi membantu warganya lebih empati terhadap warga OKU UMS. Antara aktiviti yang telah dilaksanak­an sepanjang tahun penubuhann­ya dengan cara norma baharu ialah Jerayawara ke Pusat, Jabatan-jabatan, fakulti, institut dan bahagian (JFPIB).

“Latihan seperti Disablity Awareness Training turut diberikan kepada Disability Liason Officer yang telah dilantik di setiap JFPIB, dengan harapan mereka dapat membantu PPOKUMS mengendali­kan OKU dan memberikan input kemudahan OKU yang diperlukan.

Ini penting bagi memastikan keperluan warga OKU UMS ini berada pada tahap terbaik.

“Selain itu, perbincang­an bersama para warga OKUMS dan badan pertubuhan buka kerajaan (NG) yang peduli OKU sering dilakukan dalam memberikan perkhidmat­an yang mesra OKU di UMS,” katanya.

Menurutnya, bagi melestarik­an perkhidmat­an OKU di UMS, dana penyelidik­an telah disalur kepada kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Ketua Unit Penyelidik­an Psikologi dan Kesihatan Sosial Profesor Madya Dr Muhammad Ideris Bullare.

Katanya, kajiaan ini kelak diharap dapat membantu UMS membuat penambahba­ikan yang berterusan.

Pengurusan UMS di bawah kepimpinan Naib Canselor, Datuk Chm Ts Dr Taufiq Yap Yun Hin akan terus komited mendukung dan memastikan dasar Iklusif OKU di IPT 2018 dan Akta OKU 2008 dijayakan sepenuhnya.

 ??  ?? INFOGRAFIK: Pelajar OKU mengikut Fakulti: FSSK (Fakulti Sains Sosial &dan Kemanusiaa­n); FSMP (Fakulti Sains Makanan & Pemakanan); FKJ (Fakulti Kejururter­aan); FKAL (Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan); FSSA (Fakulti Sains & Sumber Alam); FPP (Fakulti Psikologi & Pendidikan); FPSK( Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan); FKI (Fakulti Komputeran & Informatik)’FPEP (Fakulti Perniagaan, Ekonomi & Perakaunan)
INFOGRAFIK: Pecahan Pelajar OKUMS mengikut kecacatan
INFOGRAFIK: Pelajar OKU mengikut Fakulti: FSSK (Fakulti Sains Sosial &dan Kemanusiaa­n); FSMP (Fakulti Sains Makanan & Pemakanan); FKJ (Fakulti Kejururter­aan); FKAL (Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan); FSSA (Fakulti Sains & Sumber Alam); FPP (Fakulti Psikologi & Pendidikan); FPSK( Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan); FKI (Fakulti Komputeran & Informatik)’FPEP (Fakulti Perniagaan, Ekonomi & Perakaunan) INFOGRAFIK: Pecahan Pelajar OKUMS mengikut kecacatan
 ??  ?? LALUAN SELESA: Ruang laluan OKU (ramp) disediakan di FPP (blok psikologi) untuk kemudahan warga OKU UMS.
LALUAN SELESA: Ruang laluan OKU (ramp) disediakan di FPP (blok psikologi) untuk kemudahan warga OKU UMS.
 ??  ?? TERIMA KASIH: Pengerusi Persatuan Mahasiswa OKUMS, Mohd Zulfadli Aiman Sulaiman, pelajar tahun 3 Program Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa­n merakamkan gambar kenangan.
TERIMA KASIH: Pengerusi Persatuan Mahasiswa OKUMS, Mohd Zulfadli Aiman Sulaiman, pelajar tahun 3 Program Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa­n merakamkan gambar kenangan.
 ??  ?? MESRA PENGGUNA: Ruang laluan OKU (ramp) di Dewan Kuliah Pusat 2, Universiti Malaysia Sabah.
MESRA PENGGUNA: Ruang laluan OKU (ramp) di Dewan Kuliah Pusat 2, Universiti Malaysia Sabah.
 ??  ?? KEMUDAHAN OKU:Tempat letak kereta yang dikhususka­n untuk warga OKU di Bahagian Perkhidmat­an Akademik.
KEMUDAHAN OKU:Tempat letak kereta yang dikhususka­n untuk warga OKU di Bahagian Perkhidmat­an Akademik.
 ??  ?? OKU PENGLIHATA­N: Profesor Madya, Program Sejarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa­n Dr Rahman Tang Abdullah.
OKU PENGLIHATA­N: Profesor Madya, Program Sejarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa­n Dr Rahman Tang Abdullah.
 ??  ?? NORHUDA
NORHUDA
 ??  ?? ZAITON
ZAITON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia