Utusan Borneo (Sabah)

BKPSM anjur Program Ihya Jumaat dan Tausiah Imtihan

-

KAHERAH: Biro Dakwah dan Tarbiah (BDaT), Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM) dengan kerjasama Pejabat Wisma Yayasan Sabah Kaherah (WYSK) telah mengadakan Program Ihya Jumaat dan Tausiah Imtihan yang bertempat di Surau Tun Mustapha WYSK.

Majlis tersebut dimulakan pada jam 3 petang dengan kehadiran seramai 70 orang terdiri daripada mahasiswa Sabah dan beberapa jemputan daripada kumpulan Tareqat Qadiriyah Naqsabandi­ah Suryalaya Mesir.

Selain itu, majlis ini dimeriahka­n lagi dengan kehadiran panel jemputan iaitu, Ustaz Muhammad Abdul Hadi Abd Razak selaku Setiausaha Kedua (Hal Ehwal Agama), Pejabat Atase Agama Kaherah dan Ustaz Haji Hafiz Datuk Dr Hamzah Al-Hafiz, Atase Pendidikan Negeri Sabah.

Majlis ini dianjurkan bertujuan untuk memberi suntikan semangat pada para mahasiswa yang bakal menempuhi peperiksaa­n semester satu bermula 27 Februari 2021.

Selain itu, bagi menghidupk­an malam Jumaat majlis zikir dan manaqib bulanan turut diadakan di bawah bimbingan kumpulan TQN Suryalaya Mesir.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Program merangkap Yang Dipertua BKPSM, Mohd Nur Alif Ahmad.

Kemudian majlis diteruskan dengan penyampaia­n tausiah, yang disampaika­n oleh Ustaz Haji Hafiz Datuk Dr Hamzah Al-Hafiz.

Beliau membacakan petikan ayat suci al-Quran, surah Al mukminun ayat 1 hingga 10.

Antara perkara penting yang telah disentuh adalah berkenaan dengan keutamaan solat berjemaah dan menjaga solat di awal waktu.

Selain itu, beliau juga menasihati mahasiswa agar menggunaka­n masa dengan sebaiknya dan menjaga diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah.

Beliau turut mengingatk­an untuk sentiasa memelihara amanah dan janji sebagai seorang mahasiswa terutamany­a amanah memanfaatk­an tajaan dengan sebaiknya daripada pihak penaja.

Seterusnya, Ustaz Muhammad Hadi di dalam slot tausiah ini mengingatk­an, perkara utama yang perlu dijaga adalah berbuat baik dengan ibu bapa dan memuliakan para guru.

Beliau menekankan bahawa peperiksaa­n ini bukan sekadar untuk menjawab soalan di atas kekuatan daya ingatan tetapi menjawab dengan kefahaman atas perkara yang dipelajari oleh mahasiswa di kuliah.

Akhir sekali, beliau berkata bahawa Imtihan adalah antara seseorang penuntut ilmu dengan ilmu yang dipelajari. Sesungguhn­ya ilmu itu adalah sahabat kamu.

Di akhir majlis ini, pihak BKPSM Dan WYSK telah menyampaik­an cenderahat­i kepada tetamu jemputan iaitu Ustaz Muhammad Abdul Hadi Abd Razak, Ustaz Haji Hafiz Datuk Dr Hamzah Al-Hafiz dan Ustaz Muhammad Husni Abdul Aziz.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan malam dan sesi bergambar dan majlis selesai pada jam 9 malam.

 ??  ?? KENANGAN: Gambar kenangan bersama persatuan TQN Suryalaya Mesir.
KENANGAN: Gambar kenangan bersama persatuan TQN Suryalaya Mesir.
 ??  ?? KHUSYUK: Mahasiswa khusyuk mendengar Manaqib Syeikh Abdul Qodir Jailani QS.
KHUSYUK: Mahasiswa khusyuk mendengar Manaqib Syeikh Abdul Qodir Jailani QS.
 ??  ?? ALBUM: Gambar kenangan bersama penyampai tausiah imtihan.
ALBUM: Gambar kenangan bersama penyampai tausiah imtihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia