Utusan Borneo (Sabah)

Pengusaha gerai makanan berharap penularan COVID-19 berakhir segera

-

SIBU: Pengusaha gerai makanan hanya menaruh harapan tinggi agar rantaian penularan COVID-19 dapat diputuskan secepat mungkin.

Sebilangan besar pengusaha gerai makanan seperti Christina Ebie, 31, antara yang terkesan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an sebelum ini.

“Semasa PKP pertama, saya baru membuka perniagaan saya selama beberapa hari dan hanya menawarkan perkhidmat­an bawa pulang sahaja dibenarkan.

“Kerana hanya jumlah pelanggan yang sedikit, saya terpaksa menutup gerai ham- pir dua bulan dan tempoh itu sekali lagi dilanjutka­n selama sebulan menyebabka­n usaha mencari pendapatan semakin sukar,” katanya ditemui semalam.

Beliau merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun.

Kini beliau agak lega sedikit selepas Sibu berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan pelanggan dibenarkan menjamu selera semula di dalam kedai makan di mana gerainya terletak di kedai kopi di Jalan Mahsuri (berhadapan pasar raya Bataras).

“Dalam tempoh PKP sebelum ini, saya bersyukur kerana pengusaha kedai kopi itu bertimbang rasa untuk memberikan diskaun 50 peratus untuk bayaran sewa. Oleh itu, saya hanya membayar RM250 sebulan iaitu separuh daripada biasa RM500 untuk kedua-dua gerai di situ. Ini sangat membantu mengurangk­an beban saya,” katanya.

Katanya, salah satu daripada gerainya adalah untuk hidangan nasi campur, manakala satu lagi adalah untuk 13 hidangan istimewa yang merangkumi nasi ayam penyet, nasi kerabu, nasi ayam berempah, nasi ikan tilapia, mi Indonesia - Mi Soto dan banyak lagi.

Sebilangan besar dari set menu berharga RM7 setiap satu.

Menu yang sering mendapat permintaan adalah nasi ayam berempah.

“Saya belajar membuat nasi ayam berempah ala Kelantan daripada ayah saya yang pernah ke sana ketika beliau bekerja dahulu.

“Saya biasa menjual 40 pinggan nasi ayam berempah hanya dalam masa dua hingga tiga hari kerana pelanggan amat menyukainy­a” katanya.

Penyediaan nasi ayam berempah memakan masa yang lama kerana memerlukan dua bulan untuk pemerapan ramuannya.

Sebagai seorang kacukan Iban dan Cina, Christina berkata, kebanyakan pelanggann­ya terdiri daripada masyarakat Cina amat menyukai nasi ayam berempah beliau.

“Orang Cina tertarik kepada masakan ini kerana ia tidak terlalu pedas,” katanya.

Christina yang mempunyai tatu di lengan kanannya membawa maksud ‘Nasib Baik,’ berharap pelanggan dapat kembali untuk menyokongn­ya memandangk­an makan di dalam kedai kini sudah dibenarkan.

 ??  ?? PELBAGAI: Christima menunjukka­n menu makanan yang disajikan di gerai miliknya.
PELBAGAI: Christima menunjukka­n menu makanan yang disajikan di gerai miliknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia