Utusan Borneo (Sabah)

Tampil menderma, pastikan stok bekalan darah di tahap optimum

-

SIBU: Stok bekalan Unit Tabung Darah Hospital Sibu masih mencukupi, namun tetap memerlukan penderma tampil secara berterusan bagi memastikan stok bekalan darah berada pada tahap optimum sepanjang masa.

Ini kerana keperluan darah yang mencukupi sepanjang masa adalah sangat penting bagi merawat pesakit.

Pegawai Penguasa Unit Tabung Darah Hospital Sibu Dr Rachel Teng Li Cin berkata, ketika ini perkhidmat­an derma darah dijalankan di pusat-pusat derma darah dan Unit Tabung Darah Hospital Sibu.

“Walaupun stok bekalan darah kita sentiasa mencukupi, namun kita perlu memastikan bekalan sentiasa berterusan untuk keperluan harian.

“Kami menyeru sokongan orang ramai khususnya penderma darah regular untuk hadir mendermada­rahdipusat-pusat derma darah atau Unit Tabung Darah Hospital Sibu.

“Mereka boleh hadir pada waktu yang telah ditetapkan dan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika menderma darah,” jelasnya.

Dr Teng berkata, orang ramai yang hadir menderma darah perlu mematuhi SOP dengan memakai pelitup muka, mengamalka­n penjarakan fizikal dan menekankan amalan kebersihan diri.

“Yang penting jika anda berasa kurang sihat seperti derma, batuk dan selesema tidak perlu hadir untuk menderma darah,” ujarnya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Cecair Sanitasi kepada Unit Tabung Hospital Sibu di sini semalam.

Pada majlis tersebut, Bulan Sabit Merah Malaysia( B S M M) Sarawak telah menyerahka­n sumbangan 1,200 botol cecair sanitasi (500ml) kepada Unit Tabung Darah Hospital Sibu dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

Ini merupakan kali kedua BSMM Sarawak menyampaik­an sumbangan tersebut selepas kali pertama disampaika­n pada 2 Februari lepas.

Selain itu, BSMM Sarawak juga mengagihka­n sumbangan 2,00 botol (1 liter) cecair sanitasi kepada Hospital Sibu pada 28 Januari lepas.

Sumbangan cecair sanitasi disampaika­n oleh Naib Pengerusi BSMM Sarawak Penghulu Chua Hiong Kee kepada Dr Teng mewakili Unit Tabung Darah Hospital Sibu.

Majlis penyerahan sumbangan cecair sanitasi disaksikan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Robert Lau Hui Yew di bangunan B S M M Daerah Sibu, Jalan Awang Ramli Amit.

Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi BSMM Daerah Sibu Hii Sieh Toh, Naib Pengerusi Normah Abdul Rahman dan Bendahari Kehormat Kaunselor Huong Haw Ching.

BSMM telah bekerjasam­a dengan Dr Lee Yew Fong yang memanfaatk­an jaringan untuk menyediaka­n cecair sanitasi (Alcohol-Based Hand RubsAHRB) kepada masyarakat melalui platform Malaysian COVID-19 Coordinati­on & Action Hub (MATCH).

MAT C H bekerjasam­a dalam inisiatif kerajaan tetapi dengan sendirinya bukan program atau inisiatif kerajaan.

MATCH bekerjsama dengan Majlis Keselamata­n Negara (MKN), Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), Kementeria­n Kesihatan Malaysian dan kementeria­n lain yang berkaitan dan organisasi bukan kerajaan termasuk BSMM.

Objektif projek adalah untuk meningkatk­an amalan Water, Sanitation and Hygiene (WASH) dan bersedia untuk pandemik COVID-19.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Chua (dua kanan) melakukan simbolik penyerahan sumbangan cecair sanitasi kepada Dr Teng (dua kiri, depan) dan disaksikan oleh Lau (tengah) di bangunan BSMM Daerah Sibu semalam.
TERIMA KASIH: Chua (dua kanan) melakukan simbolik penyerahan sumbangan cecair sanitasi kepada Dr Teng (dua kiri, depan) dan disaksikan oleh Lau (tengah) di bangunan BSMM Daerah Sibu semalam.
 ??  ?? PATUHI SOP: Lau (tiga kanan, berdiri), Dr Teng (empat kanan, berdiri), Chua (kanan, berdiri) serta yang lain ketika memantau kempen derma darah anjuran Kelab Lions Sibu di bangunan BSMM Daerah Sibu semalam.
PATUHI SOP: Lau (tiga kanan, berdiri), Dr Teng (empat kanan, berdiri), Chua (kanan, berdiri) serta yang lain ketika memantau kempen derma darah anjuran Kelab Lions Sibu di bangunan BSMM Daerah Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia