Utusan Borneo (Sabah)

Inisiatif bekalkan elektrik di Baram Hilir Rumah Mekal Mundam rumah panjang pertama disambung elektrik oleh SEB

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Rumah Mekal Mundam mencatat sejarah menjadi rumah panjang pertama disambung dengan bekalan elektrik oleh Sarawak Energy Berhad (SEB) di Baram Hilir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datu Dr Penguang Manggil berkata, Rumah Mekal yang terletak berhampira­n Kuala Baram merupakan salah satu daripada sembilan rumah panjang di Baram Hilir yang pertama kali disambung bekalan elektrik.

Beliau berkata, pemasangan tiang dan kabel oleh kontraktor SEB di bawah projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) fasa dua sudah siap dan memanfaatk­an sebanyak 14 pintu penduduk di situ.

“Bagi rumah-rumah panjang yang lain di sini, kerjakerja ‘survey dan setting out’ sudahpun dilaksanak­an.

“Namun sekarang kerajaan sedang menyelesai­kan isu ‘wayleave’ dengan pihak ladang, yang mana saya dimaklumka­n hampir selesai,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Projek pengelektr­ikan akan diteruskan di Rumah Budin (Asam Paya), Rumah Nawan (Ujong Daun), Rumah Asam, Rumah Frederick Belaja, Rumah George, Rumah Ngelingkon­g, Rumah Chabob dan Rumah Ubie di Sungai Baram.

Katanya, SEB juga memasang tiang elektrik dan kabel ke kawasan Ulu Tinjar, Hilir Tinjar, Sungai Peking, Sebatu dan Sebubu.

Penguang yang juga Menteri Muda Kerajaan Tempatan menambah, fasa kedua projek tersebut tertumpu di kawasan Baram Hilir, manakala fasa pertama di kawasan Tinjar.

Katanya, kerajaan juga sedang melaksanak­an projek Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES) khas untuk 54 keluarga di Kampung Benawa, termasuk keluarga Mohammad Mansor.

Tegasnya, sudah menjadi impian beliau untuk melihat semua penduduk rumah panjang di kawasan Marudi mempunyai bekalan elektrik dan air menjelang 2025.

“Sebagai wakil rakyat, saya sangat gembira kerana berjaya melaksanak­an projek ini. Penat lelah lebih empat tahun sebagai wakil rakyat membuahkan hasil dan bagi saya ia satu penghomata­n kerana dapat membantu.

“Mulai sekarang, rakyat di Marudi akan menikmati banyak pembanguna­n berikutan banyak projek sudah diluluskan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kini sedang dilaksana dan bakal dilaksanak­an,” kata Penguang.

Projek ini termasuk pembinaan Jalan Simpang LapokLong Tisam, Kompleks Sukan Lapok, Jalan MiriMarudi, Dewan Masyarakat Lapok, pejabat pentadbira­n baharu di Beluru dan Lapok, projek jalan ke Hilir Tinjar dan Baram Hilir, Ulu Teru dan banyak lagi.

“Bagi kawasan Beluru pula, pembinaan substesen baharu di Lapok dan talian grid elektrik baharu sedang dilaksanak­an untuk menambah baik bekalan elektrik yang sering terganggu sebelum ini,” katanya sambil menambah, ketika ini Beluru mendapatka­n bekalan elektrik dari substesen Marudi.

Beliau menegaskan, projek berkenaan bukan untuk memancing undi kerana sudah lama diluluskan.

“Namun sekarang kerajaan sedang menyelesai­kan isu ‘wayleave’ dengan pihak ladang, yang mana saya dimaklumka­n hampir selesai. Datu Dr Penguang Manggil

ADUN Marudi

 ??  ?? SEJARAH: Kakitangan SEB bergambar bersama ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Mekal semasa kerja-kerja penyambung­an bekalan elektrik di rumah panjang tersebut, baru-baru ini.
SEJARAH: Kakitangan SEB bergambar bersama ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Mekal semasa kerja-kerja penyambung­an bekalan elektrik di rumah panjang tersebut, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia