Utusan Borneo (Sabah)

Golongan pendidik sambut baik keputusan tangguh buka sekolah di daerah Zon Merah

-

BINTULU: Golongan pendidik lega dan menyambut baik langkah tepat yang diambil Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menangguhk­an sesi persekolah­an di sembilan daerah di Sarawak selama dua minggu dari 1 Mac hingga 14 Mac.

Ia membabitka­n sekolah-sekolah di Kuching, Samarahan, Julau, Meradong, Sibu, Kapit, Bintulu, Subis dan Miri yang masih berstatus Zon Merah.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Kelawit Janudin Ab Rahman berkata, beliau bersetuju dengan langkah bijak tersebut kerana sembilan daerah berkenaan masih berisiko tinggi penularan COVID-19.

“Ini kerana sembilan daerah ini masih dalam kawasan yang berisiko dan tindakan penangguha­n ini boleh menyekat dan memutuskan rantaian penularan pandemik COVID19,” ujarnya semasa dihubungi Utusan Borneo semalam.

Beliau berkata, ibu bapa perlu akur dengan situasi ini yang mana anak-anak mereka tidak dapat mengikuti pembelajar­an secara bersemuka.

Bagaimanap­un katanya, pengajaran dan pembelajar­an tetap akan dilaksanak­an seperti sebelum ini secara maya.

“Apa yang kita harapkan ialah pandemik ini dapat dibendung dengan langkahlan­gkah yang diambil oleh pihak kerajaan. Rakyat pula perlu mengikut arahan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Kita juga berharap apabila program imunisasi dilaksanak­an sepenuhnya kepada seluruh penduduk yang layak di negeri dan negara ini, sesi pengajaran dan pembelajar­an di sekolah dapat kembali berjalan seperti biasa,” katanya.

Seorang lagi pendidik, Ismawi Bujang berkata, keputusan JPBNS itu adalah yang terbaik dalam usaha bersama memerangi COVID-19.

“Memang wajar ditangguhk­an pembukaan sekolah bagi daerah-daerah Zon Merah, malah tidak digalakkan mana-mana ibu bapa dan anak-anak dari Zon Merah bergerak ke daerah lain yang berstatus Hijau dan Kuning untuk mengekang penularan COVID-19,” ujarnya.

Beliau berkata, golongan pendidik akur dengan arahan JPBNS dengan harapan semua rakyat dijauhi daripada jangkitan COVID-19.

“Kita memohon semua agar mematuhi SOP dengan mengamalka­n pemakaian pelitup muka dan mengutamak­an kebersihan diri serta bersamasam­a kita membendung pandemik ini,” tambahnya.

Sebelum ini, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumka­n pembukaan sekolah secara bersemuka di seluruh negara bermula 1 Mac.

Penangguha­n sesi persekolah­an di daerah Zon Merah di Sarawak diputuskan oleh JPBNS atas nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan setelah berbincang dengan Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira kapasiti sistem kesihatan di kawasan yang terlibat,” kata JPBNS dalam kenyataan media.

 ??  ?? JANUDIN
JANUDIN
 ??  ?? ISMAWI
ISMAWI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia