Utusan Borneo (Sabah)

Musim bubuk kembali melanda perairan Bintulu

-

BINTULU: Musim udang geragau (bubuk) atau ‘urang’ kembali melanda perairan di sini dengan begitu banyak hasil ditangkap oleh nelayan pantai sekali gus memberi pendapatan lumayan kepada mereka.

Darehim Ridzwan, 62, yang sinonim dengan gelaran ‘Raja Bubuk’ yang dibantu enam nelayan lain menangkap hampir 200 gantang bubuk segar di perairan laut Bintulu semalam.

“Ramai yang menunggu untuk membeli bubuk segar yang kami perolehi hari ini (semalam),” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Beliau berkata, untuk beberapa ketika kesemuanya habis dibeli oleh seorang pengusaha serta beberapa pihak dengan harga ditawarkan sekitar RM30 segantang.

Hasil bubuk itu dibawa ke kawasan Pantai Tanjung Batu di sini bagi memudahkan penjualan terus kepada pembeli bagi menjamin kesegarann­ya.

“Tidak banyak bot menangkap bubuk hari ini (semalam) hanya dua sahaja dan telah pun balik selepas penangkapa­n dan penjualan hasil laut selesai.

“Kemungkina­n kami turun ke laut lagi esok (hari ini) bagi mendapatka­n tangkapan hasil laut itu,” katanya sambil mengharapk­an rezeki terus bertambah.

Menurutnya, keadaan laut tenang, cuaca cerah dan panas mengundang kehadiran bubuk melimpah ruah di perairan Bintulu.

Bubuk bukan sahaja hasil laut istimewa untuk membuat belacan, malah beberapa makanan lain seperti cencaluk, bubuk kering, cucur dan sebagainya.

 ??  ?? REZEKI: Derahim merakam video rakan-rakannya dalam bot yang dipenuhi bubuk.
REZEKI: Derahim merakam video rakan-rakannya dalam bot yang dipenuhi bubuk.
 ??  ?? PERMINTAAN­TINGGI: Orang ramai berpusu-pusu di kawasan Pantai Tanjung Batu membeli hasil bubuk daripada Darehim dan rakan-rakannya.
PERMINTAAN­TINGGI: Orang ramai berpusu-pusu di kawasan Pantai Tanjung Batu membeli hasil bubuk daripada Darehim dan rakan-rakannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia