Utusan Borneo (Sabah)

Hentikan sementara pengambila­n pekerja dari Zon Merah, kata Tiong

-

BINTULU: Pemain industri di bahagian ini terutama dalam sektor gas dan minyak dinasihat agar memberhent­ikan sementara waktu pengambila­n pekerja dari Zon Merah bagi membendung penularan pandemik COVID-19.

Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing dalam kenyataany­a semalam berkata, beliau melahirkan kebimbanga­n terhadap jumlah positif COVID-19 yang melibatkan pekerja kontrak dalam keduadua sektor berkenaan yang datang dari Zon Merah.

Beliau mendakwa, walaupun dikesan berlakunya pemain industri atau ejen yang menyaranka­n kakitangan kontrak mereka supaya menyembuny­ikan maklumat itu, pihaknya masih mempunyai bukti kukuh akan kesalahan yang dilakukan oleh pihak berkaitan.

Sebelum ini menurut Tiong, beliau sendiri beberapa kali meminta syarikat terbabit memenuhi tanggungja­wab sosial mereka supaya sama-sama memerangi wabak terbabit termasuk memberikan maklumat yang betul dan jujur kepada Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pihak terbabit tidak seharusnya mengeliru serta menyembuny­ikan status pekerja masing-masing kerana perbuatan terbabit adalah tidak bertanggun­gjawab sekaligus menyukarka­n usaha membendung virus berbahaya ini,” ujarnya.

Tiong yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China turut menekankan syarikat terbabit yang tidak mahu memberikan kerjasama tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang sekiranya masih berdegil.

“Justeru, saya meminta para operator di setiap syarikat agar mengawasi serta menjalanka­n pemantauan ketat dari masa ke masa agar setiap pekerja mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia