Utusan Borneo (Sabah)

Sikie sumbangkan pelitup muka, pensanitas­i tangan kepada calon peperiksaa­n SMK Tatau

-

TATAU: Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus Datuk John Sikie Tayai menyumbang pelitup muka dan pensanitas­i tangan kepada 426 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tatau yang menduduki peperiksaa­n Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sumbangan itu disampaika­n oleh Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kakus Eugene John Sikie yang mewakili Sikie di Pejabat Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh semalam.

Eugene berkata, 426 pelajar yang menerima sumbangan itu merangkumi 322 pelajar SPM dan 104 pelajar STPM.

“Saya mengucapka­n selamat maju jaya kepada para pelajar terbabit yang menduduki dua peperiksaa­n tersebut serta berharap para pelajar akan sentiasa mengamalka­n prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengekang penularan pandemik COVID19,” ujarnya.

Sumbangan itu diserahkan kepada Pengetua SMK Tatau Dr Layang Ugek sambil disaksikan oleh Pemangku Pegawai Daerah Tatau Calvin Ligong Bujang@Endawie dan Timbalan Sektor Perancanga­n PPD Tatau/Sebauh Ismawi Bujang.

 ??  ?? TERIMALAH: Eugene (dua kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Dr Layang sambil disaksi Calvin (kiri baris dua), Ismawi (tengah) serta yang lain.
TERIMALAH: Eugene (dua kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Dr Layang sambil disaksi Calvin (kiri baris dua), Ismawi (tengah) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia