Utusan Borneo (Sabah)

Tender projek naik taraf Jalan Bajau Kupang dijangka dibuka suku keempat tahun ini: Ali

-

KUCHING: Tender projek naik taraf Jalan Bajau Kupang di Saratok dijangka dibuka pada suku keempat tahun ini selepas reka bentuknya dimuktamad­kan.

Ahli Parlimen Saratok Datuk Ali Biju berkata, beliau difahamkan jurutera perunding projek berkenaan juga telah dilantik.

Menurut beliau, ia adalah projek naik taraf jalan sedia ada (batu kelikir) kepada jalan berturap sepanjang 16.9 kilometer (km).

“Projek naik taraf Jalan Bajau Kupang merangkumi jalan masuk ke kampungkam­pung dan sekolah sepanjang 3.6km iaitu Rumah Ganing, Rumah Rengan, Rumah Lakon, Rumah Anau dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Entebu.

“Ia juga termasuk menggantik­an tiga jambatan kecil,” katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian sebelum itu berkunjung ke Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dan diberikan taklimat khas oleh Timbalan Pengarah (Infrastruk­tur) JKR Sarawak Chiew Chee Yau di sini, semalam.

Ali berkata, pertemuan itu turut membincang­kan pelbagai agenda pembanguna­n termasuk infrastruk­tur jalan raya di Saratok.

Mengulas lanjut mengenai projek Jalan Bajau Kupang, Ali berkata ia merupakan salah satu daripada projek di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) dan dikendalik­an oleh JKR Sarawak selaku agensi pelaksana dengan kos dianggarka­n bernilai RM90 juta.

“Pelaksanaa­n projek naik taraf jalan sepanjang 16.9km ini bukan sahaja memberikan manfaat kepada penduduk, tetapi juga pekebun kecil di kawasan sekitar.

“Saya berharap projek ini dapat dilaksanak­an dengan secepat mungkin kerana ini akan memudah dan memendekka­n jarak perjalanan dari Kupang ke Saratok.

“Saya akan sentiasa memantau dan berhubung dengan pihak JKR Sarawak bagi memastikan projek ini dilaksanak­an dengan lancar dan mampu siap dalam jangka masa yang ditetapkan,” katanya yang juga Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Hadir sama pada perbincang­an berkenaan, Timbalan Pengarah (Bahagian Kemajuan Luar Bandar) Suriati Yaakop dan Jurutera Bintang Senari PLT Chong Wee Lin.

 ??  ?? TAKLIMAT: Ali (tengah) mendengar taklimat mengenai projek pembanguna­n infrastruk­tur di Saratok termasuk naik taraf Jalan Bajau Kupang.
TAKLIMAT: Ali (tengah) mendengar taklimat mengenai projek pembanguna­n infrastruk­tur di Saratok termasuk naik taraf Jalan Bajau Kupang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia