Utusan Borneo (Sabah)

Sesi pembelajar­an kembali bersemuka mulai esok

-

KUALA LUMPUR: Setelah melalui rentetan episod dalam sistem pendidikan negara yang menyaksika­n pengoperas­ian sekolah terpaksa mengikut ‘rentak’ angka COVID-19, akhirnya sekolah dibuka semula secara berperingk­at mulai Isnin ini (esok).

Pembukaan semula sesi persekolah­an itu melibatkan murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua di sekolah rendah seluruh negara pada 1 Mac, diikuti Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam bermula 8 Mac.

Sekolah menengah pula akan memulakan sesi persekolah­an pada 4 April bagi sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala bagi negeri-negeri lain pada 5 April.

Walaupun masih dihimpit situasi pandemik yang belum reda, langkah itu perlu diambil bagi mengimbang­i keperluan akses pendidikan dalam keadaan selamat sambil memastikan pelajar tidak jauh ketinggala­n dalam pembelajar­an.

Lebih-lebih lagi apabila ibu bapa, guru dan pelajar terpaksa menghadapi ‘kejutan budaya’ ketika konsep Pengajaran dan Pembelajar­an di Rumah (PdPR) terpaksa dilaksanak­an berikutan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan COVID-19, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Berdepan masalah utama seperti pemilikan peranti dan akses internet murid yang dikhuatiri mengakibat­kan keciciran pelajar dalam kalangan golongan B40, luar bandar dan kawasan pedalaman, senario itu menyedarka­n bahawa kaedah pembelajar­an secara bersemuka adalah lebih berkesan.

Menjelaska­n rasional keputusan Kementeria­n Pendidikan (KPM) itu, menterinya Datuk Dr Radzi Jidin sebelum ini dilaporkan berkata ia dibuat secara teliti dan pendekatan diambil berdasarka­n input serta maklum balas daripada semua pihak.

“Keputusan membenarka­n pelajar sekolah rendah untuk mengikuti sesi persekolah­an lebih awal adalah bagi memberi ruang kepada murid dan guru menyesuaik­an diri dengan suasana norma baharu dan juga prosedur operasi standard (SOP) COVID-19,” katanya.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin sebelum ini pula berkata seramai 55,539 guru yang dikategori­kan sebagai berisiko tinggi akan diusahakan untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 pada fasa pertama program imunisasi itu.

Tidak mengambil mudah aspek SOP, KPM turut mengedarka­n Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula dan Model Pengawalan Keberadaan Murid di Pintu Pagar Sekolah, mengandung­i panduan pengurusan dalam pelbagai aspek ketika penularan COVID-19 kepada semua sekolah di seluruh negara.

Garis panduan itu merangkumi aspek bermula murid sampai ke pintu pagar sekolah, ketika murid berada di sekolah dan SOP ketika pulang.

Pembukaan sekolah bermula Isnin juga menyaksika­n KPM membenarka­n pelajar memakai pakaian biasa yang sesuai, kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah jika belum mempunyai pakaian seragam sekolah.

KPM menyatakan kebenaran tersebut diberikan bermula 1 hingga 26 Mac ini iaitu sehingga cuti pertengaha­n penggal persekolah­an sesi 2021.

Selain sekolah rendah, Kolej Vokasional juga akan dibuka pada 1 Mac manakala sekolah antarabang­sa dan institusi pendidikan swasta kategori pusat termasuk pusat tuisyen akan dibuka pada 8 Mac.

Bagaimanap­un sesi persekolah­an yang sepatutnya bermula 1 Mac ini ditangguhk­an selama 14 hari lagi di sembilan daerah di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Julau, Meradong, Sibu, Kapit, Bintulu, Subis dan Miri berikutan kes angka COVID19 yang tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia