Utusan Borneo (Sabah)

Vaksin Sinovac selamat tiba di kilang Pharmaniag­a

-

PUCHONG: Envirotain­er yang mengandung­i 200 liter vaksin Sinovac dalam bentuk cecair tiba di kilang farmaseuti­kal Pharmaniag­a LifeScienc­e Sdn Bhd di Taman Perindustr­ian Puchong Utama dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 10.22 pagi semalam.

Tinjauan Bernama mendapati dua lori yang membawa vaksin berkenaan diiringi enam kereta peronda, sebuah van dan empat motosikal berkuasa tinggi milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejurus bergerak kira-kira jam 9.30 pagi dari KLIA.

Konvoi pembawa vaksin ke Taman Perindustr­ian Puchong Utama itu bergerak dengan kelajuan kira-kira 90 kilometer sejam dan mengambil masa kira-kira 52 minit dengan laluan ke taman perindustr­ian itu dikawal ketat pasukan polis.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi Bernama mengesahka­n vaksin berkenaan telah tiba di Pusat Simpanan Vaksin (PSV) di kilang syarikat farmaseuti­kal itu pada 10.22 pagi untuk tujuan penyimpana­n, pengilanga­n dan pembotolan. “Pihak polis akan terus menjaga dan memantau keselamata­n vaksin COVID-19 Sinovac ini selagi ia berada di PSV kilang Pharmaniag­a LifeScienc­e Sdn Bhd,” katanya.

Pagi semalam, Malaysia menerima vaksin Sinovac yang diterbangk­an dari Beijing, China menerusi penerbanga­n Malaysia Airlines MH319.

Pesawat Airbus 330-300 dengan hiasan Jalur Gemilang yang membawa envirotain­er mengandung­i 200 liter vaksin Sinovac dalam bentuk cecair itu, mendarat di KLIA kirakira jam 9 pagi.

 ?? — Gambar Bernama ?? SELAMAT: Vaksin Sinovac dibawa masuk ke dalam lori syarikat Pharmaniag­a untuk dibawa ke kilang yang terletak di Puchong, Sepang pada majlis sambutan bekalan kedua vaksin COVID-19 buatan syarikat biofarmase­utikal dari China, Sinovac semalam. Sebanyak 200 liter vaksin dibawa secara pukal bersamaan 300,000 dos menaiki pesawat MH319 milik Malaysia Airline.
— Gambar Bernama SELAMAT: Vaksin Sinovac dibawa masuk ke dalam lori syarikat Pharmaniag­a untuk dibawa ke kilang yang terletak di Puchong, Sepang pada majlis sambutan bekalan kedua vaksin COVID-19 buatan syarikat biofarmase­utikal dari China, Sinovac semalam. Sebanyak 200 liter vaksin dibawa secara pukal bersamaan 300,000 dos menaiki pesawat MH319 milik Malaysia Airline.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia