Utusan Borneo (Sabah)

Serangan udara AS di Syria amaran kepada Iran: Biden

Serangan satu ‘pesanan yang sangat jelas’: Setiausaha Media Biden

-

HOUSTON: Kelmarin Presiden Joe Biden menyatakan bahawa satu serangan udara AS terhadap satu pasukan militia yang disokong oleh Iran di timur Syria seharusnya dilihat oleh Iran sebagai satu amaran.

Ketika ditanya apakah mesej dari serangan udara itu, Biden menyatakan: “Anda tidak boleh bertindak dengan bebas dari hukuman.”

“Berhati-hati,” tambah beliau, bercakap di Houston semasa satu kunjungan bagi usaha bantuan selepas satu ribut besar musim sejuk di Texas.

Sebelum itu, setiausaha media Biden, Jen Psaki, menyatakan serangan sebagai satu “pesanan yang sangat jelas” bahawa Biden akan “bertindak bagi melindungi rakyat Amerika dan ketika ancaman dilakukan beliau mempunyai hak untuk mengambil satu tindakan pada masa itu dan cara -cara yang beliau pilih.”

Pentagon menyatakan serangan pada Khamis lepas, yang menurut kepada sebuah kumpulan pengawasan perang Syria telah mengorbank­an 22 orang anggota militia, adalah sebagai respons kepada satu siri serangan roket menyasarka­n anggota tentera AS di Iraq.

Salah satu dari serangan itu, ke atas sebuah kompleks tentera di bandar Arbil di wilayah Kurdis pada 15 Februaru, mengorbank­an seorang penduduk awam dan seorang kontraktor asing yang bertugas dengan pasukan tentera pakatan, serta mencederak­an beberapa orang kontraktor AS dan seorang anggota tentera.

Psaki menyatakan keputusan di sebalik serangan adalah “dalam perbincang­an teliti” dan tujuan Biden adalah untuk “meredakan aktiviti di Syria dan Iraq.”

Jurucakap Pentagon John Kirby menyatakan dua buah F-15E “Strike Eagles” menjatuhka­n tujuh peluru berpandu tepat, memusnahka­n sepenuhnya sembilan buah bangunan dan merosakkan separuh dua buah bangunan lagi.

Kirby menyatakan lokasi disasarkan berhampira­n sempadan Syria-Iraq adalah “diketahui sebagai menempatka­n aktiviti kumpulan militia yang bersekutu dengan Iran.”

Beliau menyatakan Pentagon memiliki “maklumat awal mengenai kematian” namun menolak untuk mengeluark­an sebarang kenyataan.

“Kami yakin bahawa ini adalah sasaran yang sah yang telah didiami oleh kumpulan dikaitkan dengan serangan baru-baru ini,” kata Kirby.

Beliau menyatakan rakan Iraq dan Kurdis telah menyediaka­n perisikan yang membawa kepada pengenalpa­stian kumpulan di sebalik serangan roket.

Kirby turut memberikan respon terhadap kritikan oleh Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov, yang menyatakan Moscow telah dimaklumka­n hanya empat atau lima minit sebelum AS menyerang sasaran tersebut.

“Kami melakukan apa yang kami percayai sebagai jumlah notifikasi yang sepatutnya untuk ini,” jelas Kirby. “Ia tidak seharusnya muncul sebagai satu kejutan terhadap sesiapa bahawa kami akan melakukan apa yang kami perlu lakukan bagi memaklumka­n namun kami akan turut melakukan apa yang kami perlu lakukan bagi melindungi pasukan tentera kami.”

Kirby dan Psaki turut membalas kritikan dari beberapa orang anggota Kongres bahawa Biden seharusnya mendapatka­n kebenaran pihak perundanga­n sebelum mengarahka­n serangan itu.

Psaki menyatakan Pentagon telah memaklumka­n pihak kepimpinan peringkat kongres “sebelum tindakan tersebut.”

“Terdapat satu taklimat rahsia sepenuhnya paling lewat pada awal minggu depan,” menurut beliau.

 ?? — Gambar AFP ?? KUNJUNGAN: Biden bersama isteri, Jill Biden tiba di Houston, Texas kelmarin yang dilanda ribut musim sejuk yang kuat baru-baru ini.
— Gambar AFP KUNJUNGAN: Biden bersama isteri, Jill Biden tiba di Houston, Texas kelmarin yang dilanda ribut musim sejuk yang kuat baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia