Utusan Borneo (Sabah)

400 banduan lolos, 25 mati di penjara Haiti

-

PORT-AU-PRINCE: Lebih dari 400 banduan sedang dalam buruan di Haiti kelmarin sehari selepas mereka meloloskan diri dari penjara dalam satu kejadian melarikan diri dari penjara kejam menyebabka­n 25 orang terbunuh, termasuk pengarah penjara tersebut, menurut pihak berkuasa.

Gambar dari AFP menunjukka­n sekurang-kurangnya tiga mayat terbaring di luar penjara pad Khamis lepas dan beberapa orang banduan yang ditangkap berada di bawah kawalan bersenjata di belakang sebuah trak.

“Seramai 25 orang terkorban termasuk enam banduan dan Inspektor Divisyen Paul Hector Joseph yang bertanggun­gjawab ke atas penjara,” Setiausaha Komunikasi Frantz Exantus berkata mengenai kejadian melarikan diri beramai-ramai dari penjara pada Khamis lepas di subbandar bandar utama Portau-Prince.

“Di antara mereka yang terkorban adalah beberapa penduduk biasa yang telah dibunuh oleh banduan semasa mereka melarikan diri,” Exantus memberitah­u satu sidang media, sambil menambah 1,125 dari 1,542 banduan di penjara Croixdes-Bouquets berada di dalam sel mereka pada pagi kelmarin.

Salah seorang banduan yang meninggal dunia merupakan ketua kumpulan Arnel Joseph, yang telah ditembak kelmarin dalam satu pemeriksaa­n polis 120 kilometer di utara penjara.

“Arnel Joseph telah terkorban ketika menyerang polis peronda yang telah menahan motosikal yang dia naiki. Pihak polis memberikan respons dan Arnel Joseph telah meninggal dunia,” menurut Exantus. Joseph, dikatakan sebagai ketua bagi salah satu bagi rangkaian jenayah utama di Haiti, telah ditahan pada 2019 dan telah cuba untuk meloloskan diri dari penjara pada Julai lepas selepas mengiklank­an rancangann­ya di dalam sebuah video media sosial beberapa hari sebelum cubaan itu dilakukan.

Ketika menjalani satu hukuman bagi tuduhan membunuh, Joseph telah melarikan diri sebanyak dua kali dari penjara lain, di Port-au-Prince, pada 2010 dan 2017.

Dirasmikan pada 2012, penjara dengan kawalan ketat Croix-des-Bouquets telah dibina dengan pembiayaan dari Kanada dan mempunyai satu kapasiti maksimum seramai 872 banduan, walaupun hampir dua kali ganda dari jumlah itu yang telah dikurung di sana sebelum kejadian melarikan diri. —AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia