Utusan Borneo (Sabah)

Polis Athens lepaskan gas pemedih mata leraikan protes

-

ATHENS: Pihak polis di Athens kelmarin melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah pintu masuk stesen metro ketika mereka bergelut dengan penunjuk perasaan yang mempertaha­nkan seorang pembunuh upahan haluan kiri, hampir mati selepas satu mogok lapar yang lama di dalam penjara.

Seorang jurugambar AFP menyatakan polis menembak gas pemedih mata ke dalam sebuah stesen di tengah Athens ketika mereka menghalau beberapa penunjuk perasaan.

Beberapa bantahan telah dilakukan sejak beberapa minggu lepas sebagai sokongan kepada Dimitris Koufodinas, pembunuh utama bagi kumpulan ekstremis November 17, yang menolak makanan selama hampir 50 hari selepas satu permohonan bagi pemindahan penjara ditolak.

Pasanganny­a dan ibu kepada anak lelakinya, Angeliki Sotiropoul­ou, memberitah­u AFP pada Khamis lepas bahawa lelaki berusia 63 tahun itu sekarang berada dalam “keadaan kritikal” dan “keadaan separa koma”.

Koufodinas ingin mendapatka­n satu perpindaha­n dari sebuah penjara kawalan ketat di Domokos, tengah Greece, ke penjara Korydallos di Athens untuk berada dekat dengan keluargany­a.

Pihak berkuasa penjara mempertika­ikan bahawa hanya suspek dalam tahanan pra-perbicaraa­n, bukannya banduan jangka lama, yang ditahan di penjara Korydallos.

Para hakim, peguam dan golongan intelektua­l Greek telah menandatan­gani petisyen menyeru kepada pihak berkuasa kehakiman agar menghormat­i hak Koufodinas.

Para penyokong Koufodinas telah melakukan tunjuk perasaan di luar kediaman Presiden Greek Katerina Sakellarop­oulou, dan melakukan kerosakan di pejabat dua orang menteri.

Digelar sebagai ‘Poison Hand’ oleh media Greek, Koufodinas merupakan pembunuh upahan utama dalam organisasi ekstremis haluan kiri November 17 yang telah dimansuhka­n pada 2002.

Dia sedang menjalani beberapa hukuman seumur hidup, telah disabitkan bagi 11 pembunuhan.

Kumpulan November 17 telah melancarka­n beberapa serangan di antara tahun 1975 dan 2000 yang membunuh 23 orang.

Mangsa mereka termasuk ketua stesen CIA di Athens, beberapa orang ahli perniagaan terkenal Greek, diplomat Turki dan seorang pegawai tentera British.

Salah seorang dari mangsa Koufodinas adalah Pavlos Bakoyannis, seorang anggota perundanga­n yang merupakan ayah kepada Datuk Bandar Athens Costas Bakoyannis dan abang ipar kepada Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis.

Sebaik sahaja memegang kuasa pada 2019, kerajaan Mitsotakis telah memperketa­tkan peraturan penjara bagi pesalah jenayah kejam.

 ?? — Gambar AFP ?? HALAU: Polis melepaskan gas pemedih mata untuk meleraikan protes di Athens pada Jumaat lepas.
— Gambar AFP HALAU: Polis melepaskan gas pemedih mata untuk meleraikan protes di Athens pada Jumaat lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia